ANGKASA minta BNM tetap nisbah gaji bersih 70:30

ANGKATAN Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) meminta supaya had kelayakan permohonan pinjaman bank mengikut Garis Panduan Amalan Pembiayaan Bertanggungjawab ditetapkan pada kadar munasabah sekurang-kurangnya pada nisbah 70:30.

Presidennya, Datuk Mohd Ali Baharum berkata, pihaknya meminta BNM mengkaji semula garis panduan berkenaan dan berharap agar kadar kelayakan dapat ditingkatkan bagi memberi ruang kepada peminjam mendapatkan pinjaman mengikut keperluan masing-masing.

“Garis panduan ini baik untuk mengekang masalah keberhutangan di kalangan peminjam, namun pada masa sama ia mengundang masalah lain kerana ada beberapa perkara yang memerlukan seseorang itu mendapatkan pinjaman, tetapi tidak dapat dilakukan disebabkan tidak melepasi syarat kelayakan baru ditetapkan BNM,” katanya ketika dihubungi Bisnes Metro, minggu lalu.


Menurutnya, Angkasa sudah mengguna pakai garis panduan seumpama itu dengan menetapkan nisbah 60:40 daripada gaji bersih.
“Kami menggunakan nisbah 60:40 apabila pembiayaan hanya diberikan berdasarkan 60 peratus daripada gaji bersih peminjam dan lebihan 40 peratus adalah gaji yang diterima untuk menampung keperluan sampingan,” katanya.

sumber asal: myMetro


Info tambahan:

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad atau ANGKASA adalah koperasi puncak yang menaungi semua jenis koperasi asas, menengah dan atasan di seluruh negara Malaysia. ANGKASA diiktiraf oleh Kerajaan sebagai badan yang mewakili Pergerakan Koperasi Malaysia pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

ANGKASA beribu pejabat di Petaling Jaya, Selangor dan mempunyai cawangan di setiap negeri.

ANGKASA telah diasaskan oleh Gerakan Koperasi di negara ini menerusi Kongres Koperasi Pertama pada tahun 1966 dan Kongres Koperasi Kedua pada tahun 1971. Ditubuh dan didaftarkan dengan rasminya pada 12 Mei 1971. ANGKASA ditadbir mengikut cara koperasi tetapi tidak bergiat dalam kegiatan perniagaan seperti koperasi-koperasi lain. Sebagai koperasi puncak ia memperjuangkan cita-cita serta hak kepentingan Gerakan Koperasi di negara ini.

ANGKASA menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada ahlinya merangkumi pelbagai bidang dan cabang ilmu koperasi. Sebahagian besar perkhidmatan yang disediakan telah diuruskan oleh Bahagian 4P ( Pendidikan, Penerangan, Penerbitan dan Perkhidmatan ) merangkumi kursus wajib, pendidikan berterusan kepada ahli, pemberian dan pemasangan perisian SEKKOP secara percuma kepada koperasi-koperasi sekolah seluruh Malaysia, pendidikan jarak jauh untuk Sijil Perakaunan Koperasi dan Diploma Perakaunan Koperasi, khidmat runding kepada koperasi atau lebih dikenali sebagai PEKA serta penganjuran berbagai bentuk seminar dan program pelancongan koperasi sekolah.

Sementara itu bahagian-bahagian lain di dalam ANGKASA seperti Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA) telah menyediakan perkhidmatan Sistem Potongan Gaji iaitu satu sistem di mana semua potongan-potongan koperasi dan lain-lain diuruskan melalui satu saluran demi memudahkan kerja-kerja potongan gaji di Jabatan-jabatan Kerajaan.

Sistem ini juga merupakan satu kemudahan kepada koperasi dan lain-lain badan untuk mendapatkan bayaran-bayaran seperti yuran, saham, pinjaman dan sebagainya dengan lebih sistematik dan terjamin.

Biro Perkhidmatan ANGKASA juga menyedia Sistem Online ANGKASA atau SOLA iaitu satu sistem yang menawarkan dua bentuk infrastruktur teknologi maklumat kepada para pelanggannya untuk membuat semakan rekod potongan gaji ahli koperasi atau mendapatkan fail bayaran koperasi yang dikehendaki secara elektronik.

ANGKASA juga telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan Tabung Pinjaman Pendidikan ANGKASA (TAPAK) untuk membantu membiayai pendidikan anggota koperasi ahli ANGKASA, kakitangan koperasi ahli ANGKASA, kakitangan ANGKASA, anak-anak anggota koperasi ahli ANGKASA dan anak-anak kakitangan ANGKASA.

sumber asal: wikipedia - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad

simieY: perlu diteliti kesan jangka masa panjang sekiranya perubahan pada nisbah gaji bersih ni dikuatkuasakan..

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com