Toyota cipta enjin tidak guna logam nadir bumi

TOKYO 24 Jan. - Toyota Motor Corp menemui cara untuk membina kenderaan hibrid dan elektrik tanpa menggunakan logam nadir bumi yang mahal dan hampir dimonopoli bekalannya oleh China.

Toyota, pengeluar terbesar kereta hibrid jimat minyak seperti Prius, dijangka membawa teknologi itu ke pasaran dalam tempoh dua tahun lagi jika harga logam nadir bumi tidak jatuh, lapor agensi berita Kyodo News, hari ini.

Seorang jurucakap Toyota berkata, syarikat itu terus mencari jalan untuk mengurangkan penggunaan logam nadir bumi dan belum menetapkan jadual untuk mengkomersialkan produk tanpa elemen tersebut.

Logam nadir bumi seperti neodimium dan disprosium digunakan untuk membuat magnet tetap yang terdapat di dalam motor elektrik yang menggerakkan kereta hibrid dan elektrik, dan permintaan untuknya dijangka melonjak apabila semakin banyak kereta mesra alam dipasarkan.

China mengeluarkan lebih 95 peratus daripada logam nadir bumi di dunia.

Usaha Beijing untuk mengehadkan eksport atas alasan sumber aslinya itu semakin berkurangan dan ingin membendung kerosakan alam sekitar, telah mencemaskan para pelanggan dan rakan dagangannya serta menyebabkan harga melambung tinggi.

Jepun yang mengimport satu pertiga daripada bekalan logam nadir bumi di dunia mahu mengurangkan penggunaannya dengan memberikan subsidi kitar semula dan melaburkan dana bagi mencari cara baru untuk mengehadkan penggunaan. - REUTERS

Sumber asal: Utusan Online


Info tambahan:

Unsur nadir bumi atau logam nadir bumi adalah sekumpulan tujuh belas unsur kimia di dalam jadual berkala (subjek kimia menengah rendah), khususnya lima belas lanthanoid bercampur dengan scandium dan yttrium. Scandium dan yttrium dikira sebagai unsur nadir bumi kerana mereka cenderung untuk wujud di dalam mendapan bijih yang sama seperti lanthanoid dan mempamerkan sifat-sifar kimia yang serupa.

Kereta hibrid merujuk kepada kenderaan yang tidak bergantung kepada kuasa bateri atau petrol semata-mata tetapi juga enjin pembakaran dalaman yang memacu generator untuk membekalkan elektrik dan juga untuk pemanduan secara langsung. Secara am, kereta hibrid menggunakan lebih daripada satu sumber tenaga untuk mengerakkan kenderaan.

FCV-R : A practical sedan-type next-generation fuel-cell concept vehicle fueled by hydrogen, a promising source of CO2 emission-free energy that can be produced from a variety of sources and can be easily stored and transported. This concept model is a highly practical fuel-cell vehicle (FCV) that is planned for launch in about 2015. Source :  Toyota Concept Car

Kenderaan elektrik merujuk kepada kenderaan yang menggunakan kuasa elektrik bagi mengerakkannya. Terdapat tiga pendekatan bagi membekalkan kuasa bagi kenderaan berkuasa elektrik, iaitu hybrid, suria, dan sel bahan api (fuel cells).

FT-EV III : Electric vehicles (EVs), with zero CO2 emissions, are important future eco-cars that have promise to replace cars fueled by gasoline. The FT-EV III is an electric concept vehicle with an ultra-compact and lightweight package suitable for short-distance trips. Source: Toyota Concept Car

Toyota Motor Corporation (TMC) (dalam bahasa Jepun: トヨタ自動車株式会社) adalah sebuah pengeluar kenderaan antarabangsa dari Jepun yang diasaskan oleh Kiichiri Toyoda pada tahun 1937. Syarikat ini telah menjadi pengeluar kereta terbesar dunia mengalahkan General Motor dari Amerika Syarikat. Beberapa syarikat automotif bernaung di bawah Toyota iaitu Daihatsu, Lexus, dan Hino. Toyota menubuhkan sebuah pasukan Formula Satu yang dinamakan Panasonic Toyota Racing.


simieY: Pernah buat entri tentang kereta elektrik Malaysia bertajuk Kereta elektrik pertama bakal dilihat di jalan raya Malaysia pertengahan tahun 2011. Takde dengar khabar berita pun sampai hari ni.huhuu..

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com