tak sedar paku tertusuk dalam kepala

ORLAND PARK, Amerika Syarikat (AS) - Seorang lelaki pada mulanya menyangka sebatang paku yang keluar daripada penembak paku yang dia guna- kan untuk bertukang, sipi melepasi kepalanya.

Namun, paku tersebut sebenarnya tertusuk ke dalam kepala lelaki berkenaan, Dante Autullo yang menetap di sini, negeri Illinois.

Beberapa anggota keluarganya memberitahu, paku sepanjang 8.8 sentimeter itu terbenam di otak Autullo lebih sehari sebelum ia dikeluarkan Khamis lalu.


Lelaki berusia 32 tahun itu sedang bertukang di kediamannya Selasa lepas apabila dia tertembak paku tersebut.

GAMBAR pemeriksaan sinar-X menunjukkan sebatang paku tertusuk di dalam otak Dante Autullo.

Dia melihat terdapat kesan luka kecil di kepalanya tetapi tidak menyangka bahawa dia tertusuk paku.

Dia hanya pergi ke hospital lewat keesokan harinya selepas mengalami mual dan sakit kepala.

Autullo terkejut selepas pemeriksaan imbasan sinar-X mendapati terdapat sebatang paku yang menembusi otaknya.

PAKAR bedah, Leslie Schaffer (kiri) tersenyum semasa pesakitnya, Dante Autullo bercerita tentang kecederaan yang dialaminya dalam satu sidang media di sebuah hospital di Illinois kelmarin.

Dia kini semakin pulih selepas menjalani pembedahan selama empat jam bagi mengeluarkan paku tersebut.

- AP

Sumber asal: Kosmo! Online


simieY: laju betul penembak paku tu.bahaya2..

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com