Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara1M) dibuka mulai 30 Januari

KUALA LUMPUR - Sebanyak 100,000 isi rumah yang berpendapatan di bawah RM3,000 di seluruh negara berpeluang untuk membuat pelaburan melalui Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1M) yang akan dibuka mulai Isnin ini.

Golongan tersebut boleh membuat pelaburan dengan membuat pinjaman sehingga RM5,000 melalui empat buah bank yang dilantik iaitu Maybank, CIMB, RHB dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, skim tersebut tidak boleh dianggap sebagai skim cepat kaya namun, ia dilihat langkah terbaik mendidik mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah untuk melabur demi masa depan.



Menurut beliau, Sara 1M tidak membebankan pelabur kerana mereka boleh membuat pinjaman di bank-bank terpilih tanpa perlu membayar faedah untuk tempoh lima tahun pinjaman berkenaan.

"Pulangan pelaburan bagi skim ini pula sebanyak 32.16 peratus memandangkan peminjam hanya perlu membayar RM84 daripada pulangan sebanyak RM124 sebulan yang bakal diperoleh dan mereka bakal untung sebanyak RM50," katanya.

Sumber asal: Kosmo! Online


Info tambahan:

SKIM AMANAH RAKYAT 1MALAYSIA
Memperkenalkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia)yang memanfaatkan 100 ribu isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan. Pelaburan ini menjanjikan pulangan bersih yang menarik.

Sumber asal: Ikuti Pembentangan Bajet 2012 Secara Langsung Di Sini


Kepada yang mempunyai isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan. Anda masih lagi berpeluang untuk melabur melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP.

KWSP membenarkan ahli mengeluarkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan.
Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 20% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Kelayakan pengeluaran simpanan untuk membuat pelaburan seperti berikut:
1- Warganegara Malaysia; ATAU
2- Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan KWSP; ATAU
3- Bukan warganegara Malaysia yang ;
 Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU
 Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)
4- Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN
5- Ahli mempunyai simpanan Akaun 1 yang melebihi jumlah simpanan asas sekurang-kurangnya sebanyak RM5,000.00

Baca di sini: Pengeluaran Pelaburan Ahli

Untuk bacaan secara terperinci, klik di sini: Jom Melabur - Skim Pelaburan KWSP



simieY: simieY jadi unit trust consultant secara sambilan. email jumlah simpanan asas (Akaun 1) dan tarikh lahir ke si_miey@yahoo.com sekiranya berminat.

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com