Pontianak Menara Condong Teluk Intan tidak wujud

TELUK INTAN - Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai penyebaran imej puntianak yang kononnya dirakam di Dataran Menara Condong Teluk Intan di sini baru-baru ini.

Yang Dipertua (YDP) MPTI, Ibrahim Ahmad berkata, pihaknya percaya imej entiti tersebut yang sekarang ini berleluasa disebarkan di laman rangkaian sosial, Facebook dan blog tidak sahih dan sengaja disensasikan.

Beliau juga kesal dengan perbuatan tidak bertanggungjawab mereka cerita cuba mengaitkan imej puntianak itu dengan kisah seorang wanita yang kononnya membunuh diri dengan terjun dari tingkat atas Menara Condong Teluk Intan beberapa tahun lalu.

"Wanita yang dikatakan mati membunuh diri itu hanya cerita sensasi yang sengaja direka-reka untuk mengelirukan orang ramai.

Imej puntianak yang didakwa dirakam di Menara Condong Teluk Intan, Perak baru-baru ini.

"Saya kesal kerana penyebaran foto yang diragui keasliannya itu kerana ia boleh memberi imej negatif kepada Menara Condong Teluk Intan yang merupakan antara ikon pelancongan terkemuka Perak," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Sehubungan itu, Ibrahim berharap masyarakat umum dapat membuat penilaian dengan baik berhubung penyebaran imej puntianak terbabit dan tidak mudah terpengaruh dengan cerita-cerita mengarut itu.

Sumber asal: Kosmo! Online


Info tambahan:

Pontianak is the capital of the Indonesian province of West Kalimantan. It is a medium-size industrial city on the island of Borneo.

Pontianak occupies an area of 107.82 km² in the delta of the Kapuas River. It is located precisely on the equator, hence it is widely known as Kota Khatulistiwa (Equator City).

bukan yang ni ek.hahaa..


Puntianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia.

Ejaan awalnya adalah pontianak, lihat gambar poster filem Anak Pontianak di atas, sebelum ditukarkan sebagai puntianak. Puntianak juga merupakan salah satu jenis hantu yang disenaraikan oleh Abdullah Kadir dalam bukunya, Hikayat Abdullah.

Menara condong menjadi titik tumpu kepada bandar Teluk Intan. Uniknya condong seperti Menara Pisa di Itali. Dibina pada tahun 1885 oleh Leong Choon Choong, setinggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga.
Ia merupakan takungan air sebelum adanya Tangki Air Changkat Jong.

Bangunan 3 tingkat ini (Menara Condong) dilengkapi dengan jam besar dan mengikut seni bina menara-menara di China. Kini, menara ini tidak digunakan lagi. Di bahagian bawah Menara condong telah dihiasi dengan lanskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga.


Melalui kajian yang dibuat terhadap Menara Jam Condong yang dahulu dikenali sebagai Jam Tinggi, tujuan dan motif pembinaannya seperti berikut:
  • Sebagai keperluan memadam api sekiranya berlaku kebakaran.
  • Sebagai tangki air untuk penduduk bandar sekiranya berlaku kemarau
  • Memperingati jasa pentadbir (Pentadbir British)
  • Sebagai penentu waktu “Time Keeper” dan mercu tanda bandar Teluk Intan.
Sumber asal: Portal Rasmi Majlis Perbandaran Teluk Intan

simieY: sejujurnya, alam ghaib itu wujud. sekian..

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com