Perdana Menteri Singapura harap kadar kelahiran pada tahun naga meningkat

SINGAPURA: :Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata, dia bersungguh-sungguh berharap, rakyat Singapura dapat meningkatkan kadar kelahiran dalam tahun Naga ini.

Dalam satu kenyataan sempena Tahun Naga, Lee - bapa kepada empat orang anak - berkata, pertumbuhan keluarga merupakan “keutamaan terpenting” di mana kelahiran bayi rakyat Singapura diperlukan untuk mengekalkan identiti negara itu.
Katanya “Saya berharap bersungguh-sungguh ramai bayi dilahirkan pada tahun Naga ini. Keadaan ini penting untuk mengekalkan teras Singapura dalam masyarakat kita.


“Kita tidak mahu terus bergantung kepada pekerja warga asing, manakala populasi kita semakin berkurang tahun demi tahun.”

Tahun Naga dikatakan tahun yang paling bertuah untuk menerima bayi kerana ia satu-satunya haiwan mitos dalam 12 haiwan yang mewakili tahun dalam kalendar Cina.

Orang Cina percaya, kanak-kanak yang lahir pada Tahun Naga - simbol maharaja kuno - mempunyai keberanian, kebijaksanaan dan membawa tuah kepada keluarga. - Straits Times

Sumber asal : myMetro


Info tambahan:

Statistik pada tahun 2010, sekitar 500,000 rakyat Malaysia ketika ini sedang bekerja di Singapura. Lebih kurang 400,000 orang pula memegang status pemastautin tetap (PR), manakala yang selebihnya bekerja atas tiket “permit kerja’. Daripada 400,000 orang, 75% terdiri daripada masyarakat Cina. Yang selebihnya ada bangsa India dan bangsa lain.

Sumber asal: Berita Semasa

Berdasarkan jadual kadar tukaran wang dari laman web rasmi Bank Negara Malaysia. Sehingga 20 Januari 2012, kadar tukaran wang bagi 1 Dolar Singapura bersamaan lebih kurang 2.143 Ringgit Malaysia.


simieY: renung-renungkan..

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com