Lubang ozon di Kutub Utara bertambah teruk

BERLIN - Lubang ozon pertama yang terbuka di atas udara Kutub Utara menjadi semakin teruk berikutan musim sejuk luar biasa sejak akhir-akhir ini.

Menurut saintis, suhu terlampau sejuk pada lapisan ozon menyebabkan bahan pemusnah ozon seperti klorofluorokarbon (CFC) berkembang dengan mudah.

Saintis dari Institut Meteorologi dan Iklim KIT memberitahu, kemungkinan besar akan wujud satu lagi lubang ozon di udara Artik dan tahun lalu, satu degradasi ozon berjaya dikesan di udara Artik buat kali pertama yang lebih kurang sama dengan lubang ozon di Kutub Selatan.


Pada satu tahap kira-kira 21 kilometer (km) di atas tanah, 80 peratus ozon telah pun hilang, dan berpotensi mendedahkan penduduk bumi menerima sinaran ultralembayung-B berbahaya daripada matahari yang menyebabkan selaran matahari dan barah kulit.


Menurut kajian, kejadian lubang ozon Artik terutamanya disebabkan suhu luar biasa sejuk dalam lapisan ozon yang terletak kira-kira 18km ketinggian dalam stratosfera, iaitu pelapis kedua atmosfera bumi, adanya sebatian klorin berasal dari klorofluorokarbon dan bahan pencemar lain ditukar secara kimia pada suhu di bawah 78 darjah Selcius.

Bahan-bahan kimia ini mampu menyerang lapisan ozon dan memusnahkannya dan jika corak suhu lebih sejuk dalam stratosfera berulang dalam sedekad, kemungkinan adanya pertambahan lubang ozon di Artik.

Sumber asal: Sinar Harian


Info tambahan dipetik daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lapisan ozon wujud di antara lapisan Stratosfera dan Mesosfera dan melindungi bumi daripada sinaran ultra-lembayung. Sekiranya ozon terhasil di permukaan bumi seperti melalui asap kenderaan, ozon boleh membahayakan kesihatan.

Untuk maklumat selanjutnya, teruskan pembacaan anda di laman portal rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia dan laman web serbasejarah dari negara jiran.
Semoga bermanfaat.


simieY: perkembangan yang amat membimbangkan.huhuu..

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com