lelaki derma air mani (sperma) disiasat

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Seorang lelaki yang mendermakan spermanya sedang disiasat pihak berkuasa sama ada dia melanggar peraturan pendermaan sperma di AS.

Berasal dari California, Trent Arsenault (gambar) berkata, dia menderma sperma atas dasar muhibbah kepada pasangan yang mengidam mendapatkan cahaya mata dan tidak mengharapkan apa-apa balasan.

Lelaki berusia 36 tahun itu menjadi perhatian Pentadbiran Makanan dan Ubat AS (FDA) pada 2009 selepas dia mendakwa di laman webnya bahawa spermanya telah membawa kepada lebih 14 kelahiran.

Arsenault juga tidak mempedulikan surat amaran FDA yang mahu dia menghentikan kegiatan tersebut.

"Saya mahu terus aktif kerana saya banyak menerima e-mel daripada pasangan tiada anak yang meminta sperma saya.

"Cerita mereka sama, mereka tidak mampu menggunakan khidmat bank sperma kerana bayarannya terlalu tinggi," kata lelaki itu.



Orang ramai yang membeli sperma daripada bank sperma berdaftar biasanya dikenakan bayaran di antara AS$200 (RM608) hingga AS$675 (RM2,052) untuk satu dos sperma.

Laman web peribadi Arsenault, trentdonor.org menyatakan dia berambut perang, bermata coklat dan bekerja dalam bidang teknologi maklumat di Lembah Silikon, California.

Mengulas berhubung isu tersebut, FDA dalam satu kenyataan kepada agensi berita AFP memberitahu, penderma sperma perlu terdahulu menjalani pemeriksaan kesihatan untuk memastikan dia bebas daripada sebarang penyakit kelamin dan penyakit berjangkit. - AFP

Sumber asal: Kosmo! Online


Info tambahan:

The term sperm is derived from the Greek word (σπέρμα) sperma (meaning "seed") and refers to the male reproductive cells. In the types of sexual reproduction known as anisogamy and oogamy, there is a marked difference in the size of the gametes with the smaller one being termed the "male" or sperm cell.


A uniflagellar sperm cell that is motile is referred to as a spermatozoon, whereas a non-motile sperm cell is referred to as a spermatium. Sperm cells cannot divide and have a limited life span, but after fusion with egg cells during fertilization, a new organism begins developing, starting as a totipotent zygote.




Wahai kaum Muslimin! Cara berfikir kita tidak sama dengan cara berfikir orang-orang kafir. Jika orang kafir menyelesaikan masalah dengan berfikir mengikut logik dan kebijakan akal mereka semata-mata, kita umat Islam tidak boleh berbuat demikian.

Di dalam Islam, jika ada apa-apa masalah atau persengketaan, maka penyelesaiannya hendaklah dikembalikan kepada Allah dan Rasul, bukan dikembalikan kepada akal. Akal hanya diguna untuk memahami hukum Allah dan Rasul, bukan untuk membuat hukum baru atau merubah hukum.

Perbezaan di antara cara berfikir kafir dengan cara berfikir Islam amat jelas sekali. Standard/Ukuran kita di dalam menilai sesuatu perkara (yang akan dilakukan) adalah halal
dan haram, yakni apakah perkara itu dibenarkan oleh Allah atau ditegahNya.

Jika ia halal, maka kita bolehlah melakukannya, manakala jika ia haram, maka kita akan
meninggalkannya. Soal halal dan haram bukannya bergantung kepada penentuan akal manusia atau
persoalan samada ia mendatangkan manfaat atau tidak.

Ia adalah hak Allah semata-mata dan kita hanya diperintah untuk mematuhi apa yang Allah telah tetapkan.

Bacaan selanjutnya di sini: Bank Sperma - Apakah ukuran sensitiviti umat Islam?


simieY: dunia sudah terlalu tua..

Comments :

1
Anonymous said... on 

What's up friends, pleasant piece of writing and nice arguments commented at this place, I am actually enjoying by these.

Take a look at my webpage: workouts to jump higher

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com