Joypad terbesar di dunia 30 kali lebih besar dari joypad biasa

LONDON - Alat kawalan permainan video terbesar dunia bersaiz 30 kali besar dari joypad biasa yang dipamerkan di Stesen St. Liverpool, London, menerima pengiktirafan Rekod Dunia Guinness edisi permainan, baru-baru ini.

Rekaan bombastik pelajar kejuruteraan Universiti Teknologi Delft, Netherland, sebenarnya boleh digunakan dan bukan sekadar perhiasan.

Alat kawalan permainan video itu mempunyai fungsi peranti sepenuhnya, dan jika mahu menggunakannya seperti alat kawalan biasa pengguna perlu mempunyai ketinggian 51 meter bersamaan ketinggian mercu tanda ‘London Column Nelson’.



Salah seorang dariipada tiga pelajar, Ben Allen, 23, yang membina peranti sebagai salah sebuah projek universiti mereka memberitahu, mereka begitu mengharapkan peranti Sistem Hiburan Nintendo (NES) yang dicipta menerima penghormatan.

“Kami bergabung idea dalam sebuah kelab dan membuat keputusan menghasilkan ciptaan yang tidak munasabah ini dalam versi besar.

Alat kawalan vidoe atau joypad berukuran 366 sentimeter (cm) x 159cm, dengan seberat 120 kilogram (kg) itu, mengambil masa hampir lima bulan untuk disiapkan dengan kos pembinaan 4,000 pound (RM19,341).

Sumber asal: Sinar Harian


Info tambahan:

Joypad digital dengan dua butang permulaan permainan dan dua butang api. Mula-mula digunakan pada Komputer Keluarga Nintendo tahun 1983, dan kemudiannya dijual di seluruh dunia sebagai Nintendo Entertainment System (NES) dari tahun 1986. Joypad NES memperkenalkan idea meletakkan komponen aktif dan litar di dalam joypad. Joypad masing-masing mempunyai daftar anjakan CMOS 8-bit cip di dalamnya (4021) dan konsol mengandungi perkakasan berkomunikasi dengannya.


Ini mengurangkan bilangan dawai yang diperlukan dalam kabel daripada sembilan (satu per butang, campur tanah) kepada hanya lima. Walau bagaimanapun, NES mempunyai penyambung tujuh pin (dua pin tambahan bagi senapang cahaya). Bentuk pad permainan, walau bagaimanapun, kotak segi empat tepat yang sangat asas. Kedua-dua butang api kedua-duanya berwarna merah dan dilabel 'A' dan 'B'.

Baca selanjutnya mengenai proses revolusi joypad di John Honniball's Home Page


simieY: berat joypad ni 120kg dengan kos pembinaan RM19,341. Fuhh...

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com