Al-Quran bersadur emas RM170 juta dari China dipamer di Terengganu

KUALA TERENGGANU - Naskhah al-Quran bersadur emas bernilai lebih RM170 juta yang bakal dipamerkan pada pameran Khazanah Islam dari China di Muzium Terengganu bulan depan akan dibekalkan dengan ciri keselamatan dan penjagaan tahap tertinggi.

Dipercayai berusia lebih 500 tahun dan berasal dari Dinasti Ming, China, pihak penganjur juga akan melantik firma keselamatan swasta bagi memastikan keselamatan artifak itu sepanjang enam bulan sesi pameran.

Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Mohd. Yusof Abdullah berkata, pameran bertaraf antarabangsa itu adalah hasil kerjasama dengan penganjur acara, Topchain Capital Sdn. Bhd.


naskhah al-Quran bersadur emas yang bakal dipamerkan di Muzium Negeri Terengganu bulan depan.

Sumber asal: Kosmo! Online

Bagi yang tidak berkesempatan ke Terengganu. Al-Quran bersadur emas yang akan dipamerkan berkemungkinan besar sam dengan Al-Quran bersadur emas milik encik Adam Abdullah

Al-Quran bersadur emas milik encik Adam Abdullah dari Selangor



simieY: bertuahnya orang Terengganu..

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com