ibu mengandung mengidam penggilap perabot

BIRMINGHAM: Seorang ibu menghadapi masalah pelik sepanjang tempoh kehamilannya - mengidam makan penggilap perabot.
EMMA dengan penggilap perabot kegemarannya.

Emma Veness, 26, perlu makan semburan pembersih itu sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Wanita yang hamil tujuh bulan itu sudah memakan tiga tin semburan pembersih meskipun bimbang ia boleh menjejaskan bayi perempuan yang dikandungnya.

Emma yang disahkan menghidap Pica, penyakit yang jarang berlaku yang menyebabkan penghidapnya mengidam bahan bukan makanan berkata: “Saya tidak dapat menjelaskan kenapa saya begitu sukakannya. Saya berpendapat ia banyak berkait dengan teksturnya.


“Biasanya saya akan menyemburnya sedikit pada jari dan menjilatnya atau menyemburnya pada kain pengesat dan menghisapnya.” Emma yang berasal dari Birmingham mula mengidam penggilap perabot apabila hamil dengan anak pertamanya, Darcie yang kini berusia 11 bulan.

Seperti dirinya, teman lelakinya, Gavin Wallis, 27, begitu terdesak untuk menghentikan ketagihan Emma.

Emma, gemar penggilap daripada jenama Asda Smart Price berkata: “Saya mengunjungi doktor tetapi dia hanya memberitahu saya supaya memakan coklat.” - Agensi

sumber asal : http://www.hmetro.com.my/articles/Mengidampenggilapperabot/Article






Comments :

1
KRL kaprileader said... on 

cam penah tgk gamba ni dalam paper la! kt mne ea?

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com