Kereta elektrik pertama bakal dilihat di jalan raya Malaysia pertengahan 2011

KOTA BHARU - Malaysia dijangka menyaksikan kereta elektrik pertama di jalan raya pada pertengahan tahun ini apabila Seksyen 10 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dipinda dalam sidang Parlimen baru-baru ini.

Sebelum ini, terdapat kekangan undang-undang berhubung kereta elektrik kerana setiap kenderaan yang didaftarkan mesti mempunyai nombor chasis dan nombor enjin sedangkan kenderaan elektrik hanya mempunyai nombor chasis.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan memberitahu, seksyen berkenaan telah dipinda dan pengguna tidak perlu bimbang untuk membelinya kerana undang-undang membenarkan kenderaan itu didaftarkan.


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (duduk di kiri) pernah mencuba memandu kereta elektrik di Universiti Nottingham, Broga, Semenyih pada Januari lalu.

"Sudah tidak ada masalah untuk orang ramai mengguna atau membeli kereta elektrik di negara ini kerana ia selaras dengan Dasar Hijau Negara dan Polisi Otomotif Kebangsaan.

"Proses penetapan standard atau piawaian bagi pembuatan dan pengimportan kereta elektrik di negara ini juga sedang berada dalam proses akhir dan ia dijangka berada di jalan raya pada pertengahan tahun ini," katanya.

sumber asal : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0319&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

p o t p e t p o t p e t :

bagusla kalau sudah diluluskan penggunaan kereta elektrik..

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com