semua pejabat pos beroperasi esok 27/2/2011, ahad untuk bayaran saman

KUALA LUMPUR: Semua pejabat pos di seluruh negara dibuka esok untuk memudahkan orang ramai menjelaskan bayaran saman trafik mereka pada hujung minggu.

Pengarah Pengurusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Datuk Syed Faisal Albar berkata, waktu operasi adalah seperti hari biasa.


"Kami faham ada pelanggan yang sukar menjelaskan bayaran saman mereka pada hari bekerja, justeru kami berusaha membantu dengan membuka pejabat pos terpilih untuk sebarang urusan pada hari Ahad.

"Kami harap pelanggan akan menggunakan peluang ini untuk menjelaskan bayaran saman mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Beliau berkata untuk maklumat lanjut orang ramai boleh hubungi talian Posline di 1-300-300-300 atau layari laman web www.pos.com.my.-Bernama


sumber asal : http://www.hmetro.com.my/articles/SemuaPejabatPosberoperasiesokuntukpenggunabayarsaman/Article/?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter

p o t p e t p o t p e t :

harap maklum kepada yang berkenaan

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com