ikan berkepala buaya ditemui di Jawa Tengah

JAKARTA - Seekor ikan yang mempunyai kepala mirip buaya ditemui di Jalan Bali, Kelurahan Mintaragen, Tegal Timur, Kota Tegal, Jawa Tengah pada minggu lalu.
Seekor ikan aneh yang mempunyai mulut seperti buaya dan bersisik mirip ular ditemui di sebuah dermaga membaiki kapal di Kota Tegal, Jawa Tengah pada 5 Februari lalu.

Ikan aneh itu yang ditemui pada 5 Februari lalu mempunyai empat sirip dan tiga ekor serta mempunyai sisik seperti ular.

Dua lelaki menangkap ikan itu semasa mereka mencari ikan di dermaga membaiki kapal.


Menurut laporan akhbar dalam talian, Liputan 6.com, ikan itu tidak melawan semasa ia ditangkap.

Sebaliknya, ikan tersebut kelihatan seperti minta ditangkap oleh kedua-dua beradik itu.

Ikan itu diperlihara di dalam kolam kecil di rumah mereka. - Agensi

sumber asal : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0219&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm

Comments :

2 comments to “ ikan berkepala buaya ditemui di Jawa Tengah ”

Fadzli Amir said... on 

rasanya ikan ni memang ada...penah nampak kat kedai ikan...tapi saiz kecik la...kalu tak silap nama dia aligator fish...

buðak xnakaℓ said... on 

kat sane xde orang jumpa lagi kot =)

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com