Ian Fardoe cipta basikal torpedo tak tahan harga petrol mahal

WHITMORE REANS, Britain - Seorang pekerja di sebuah pusat pembangunan basikal, Ian Fardoe mencipta 'basikal torpedo' untuk pergi ke pejabatnya ketika harga petrol meningkat tinggi di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.
IAN FARDOE duduk di dalam 'basikal torpedo' ciptaannya.

Ia dikenali sebagai 'basikal torpedo' kerana bentuknya seperti peluru berpandu torpedo.

Fardoe yang berumur 39 tahun duduk di dalam basikal torpedo itu yang mempunyai pengayuh dan bumbung serta diberi nama velomobile itu ke tempat kerjanya sejauh 9.65 kilometer dari rumahnya.


Menurutnya, dia berasa selamat apabila menggunakan kenderaan itu di sebuah lebuh raya di Midlands.

"Tidak ada kos petrol dan tidak terlalu banyak penyelenggaraan yang perlu dilakukan, Ia hanya diperbuat daripada peralatan basikal," kata Fardoe. - Agensi

sumber asal: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0120&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm

p o t p e t p o t p e t :

Rakyat negara pengeluar petrol sendiri pun kena beli dengan harga yang mahal (nak kaut untung lebihhh..)
inikan pula negara-negara yang terpaksa import.

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com