Firma Itali cipta simen telus cahaya

ROME: Sekumpulan arkitek berjaya mencipta ‘simen telus’ yang membolehkan cahaya masuk menerusi bahan binaan itu dan menjadikan dinding sesebuah bangunan seperti tingkap gergasi.


PENCAPAIAN ARKITEK...ruang pameran Itali di Ekspo Shanghai di China tahun lalu satu-satunya dibina menggunakan simen telus setakat ini.


Bahan itu - dinamakan sebagai i.light - mempunyai banyak lubang halus bagi membolehkan cahaya melaluinya tanpa menjejaskan keteguhan struktur.


Perbezaan konkrit itu hanya dapat dikesan jika ia dilihat dari jarak dekat apabila ada liang seluas dua hingga tiga milimeter padanya.

Pada hari cerah, persekitaran dalaman bangunan diperbuat daripada simen itu seperti disinari lampu pada dinding dengan sebahagian daripada cahaya matahari disaring bagi mengelakkan terlalu terang.


Simen itu dihasilkan dengan campuran sejenis damar khas oleh syarikat Itali, Italcementi.


Setakat ini i.light hanya pernah digunakan sekali - bagi membina tapak pameran Itali di Ekspo Shanghai di China, tahun lalu.

Bahan itu dikatakan menarik perhatian banyak pihak kerana mampu menjimatkan penggunaan elektrik.

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com