pelajar 15 tahun tawan 24 tebusan

GREEN BAY (Wisconsin): Seorang pelajar 15 tahun bersenjatakan pistol menawan 23 pelajar lain dan seorang guru selama lima jam di Sekolah Menengah Marinette di Wisconsin sebelum menembak dirinya apabila polis menyerbu bilik darjah berkenaan.
SEORANG pelajar yang menjadi tebusan, Austin Biehl, menceritakan pengalaman kepada media.

Penyerang remaja itu dirawat di hospital berhampiran dan keadaannya dilaporkan tenat, namun tebusan tidak diapa-apakan, menurut pihak berkuasa di Marinette, tempat insiden itu berlaku pagi kelmarin.
Ketua polis Marinette, Jeff Skorik menyatakan laporan awal di laman rangkaian sosial sekolah itu yang mengatakan beberapa pelajar dicederakan dalam serangan itu tidak benar.


Skorik memaklumkan dalam satu sidang media lewat malam kelmarin, pelajar yang menawan tebusan menembak dirinya ketika polis mendekatinya selepas pegawai mendengar tiga das tembakan dilepaskan dalam kelas terbabit.

Insiden itu berakhir jam 8.03 malam waktu tempatan sebaik saja penyerang membebaskan lima pelajar untuk membenarkan mereka ke tandas.

Selepas mendengar tembakan, pegawai polis yang berbincang dengan guru, segera memasuki bilik kelas dan melihat penyerang menembak dirinya.
“Pegawai kami memecahkan pintu, memasuki bilik kelas dan melihat suspek di hadapan bilik kelas,” kata Skorik. “Ketika itu suspek melepaskan satu tembakan, mencederakan dirinya dengan tembakan itu.” Skorik tidak memberitahu bahagian mana dia ditembak.

Penyerang itu yang juga pelajar sekolah berkenaan memasuki bilik kelas pada penghujung hari persekolahan, kira-kira jam 3 petang.

Remaja itu memasuki bilik kelas dengan dua pistol, sepucuk berkaliber 22 milimeter dan pistol 9 milimeter. Kelongsong peluru ditemui di tempat kejadian mendedahkan kedua-dua senjata digunakan, beliau menambah.

Motif serangan masih tidak diketahui, kata Skorik yang memaklumkan pelajar itu tidak mempunyai rekod jenayah. Seorang pelajar yang menjadi tebusan, Zach Campbell berkata penyerang itu kelihatan murung.

“Saya tidak tahu kenapa dia melakukan demikian,” kata Campbell.

Sekolah tinggi di bandar kecil yang terletak 80 kilometer dari bandar Green Bay itu akan ditutup sehingga notis diberi dan kaunselor akan ditempatkan sekiranya keputusan membuka sekolah dibuat, kata Superintendan Timothy Baneck. – AFP

sumber asal: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pelajar15tahuntawan24tebusan/Article

p o t p e t p o t p e t :

ramai manusia mengalami masalah mental zaman sekarang..apa puncanya.huhuu


Comments :

1
Eric said... on 

OMG... whats goin on with this world...

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com