Ahmadinejad pecat Menteri Luar Iran Manouchehr Mottaki

TEHRAN: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad semalam memecat Menteri Luarnya, Manouchehr Mottaki dan tugasnya diambil alih oleh ketua pertubuhan tenaga atom, Ali Akbar Salehi selepas gagal mempertahankan dasar negara itu mengenai program nuklear.

Manouchehr Mottaki

Agensi berita rasmi IRNA bagaimanapun melaporkan setakat ini tiada alasan diberikan berikutan pemecatan Mottaki.
Mottaki, 57, seorang diplomat dilantik sebagai Menteri Luar pada Ogos 2005. Beliau kini dilaporkan berada di Senegal bagi lawatan rasmi.



Awal bulan ini dalam satu mesyuarat keselamatan di Bahrain, Mottaki menyambut baik kenyataan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton bahawa Iran bertanggungjawab terhadap program kuasa nuklear yang membawa kepada keamanan.

Clinton memberitahu stesen televisyen BBC bahawa Tehran boleh membangunkan uranium untuk tujuan awam pada masa depan, tetapi dengan syarat ia perlu diisytiarkan untuk tujuan terbabit dan Iran tertakluk kepada tuntutan antarabangsa.

“Saya mengucapkan terima kasih dan menghargai perkhidmatan yang diberikan olehnya sepanjang menjadi Menteri Luar," kata Ahmadinejad dipetik oleh IRNA.

Mengikut undang-undang Iran, Presiden perlu menyerahkan cadangan calon bagi jawatan menteri kepada Parlimen untuk diluluskan. - AFP

sumber asal: http://www.bharian.com.my/articles/AhmadinejadpecatMenteriLuar/Article/?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com