saman JPJ boleh bayar di pejabat pos

JERANTUT: Pengguna jalan raya yang disaman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sekitar Lembah Klang, boleh membayar saman mereka di lima pejabat pos, masing-masing tiga di ibu negara dan dua di Selangor bermula hari ini.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, buat permulaan, lima kaunter akan dibuka di Daya Bumi; Wangsa Maju; Jalan Sultan Salahuddin; Shah Alam dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
“Bagaimanapun, langkah itu percubaan namun jika mendapat sambutan baik, kita akan teruskan (buka kaunter) di 688 pejabat pos seluruh negara menjelang akhir November bagi kemudahan semua pengguna di negeri lain.

“Sebelum ini, saman JPJ hanya boleh dibayar melalui dua saluran saja iaitu di kaunter JPJ dan e-Khidmat. Kami lihat ada kesukaran kepada pengguna jalan raya untuk membayar saman terutama penduduk yang berada di luar bandar.

“Justeru kami sudah mengadakan perbincangan dengan pihak Pos Malaysia untuk merealisasikan perkara ini malah sebelum ini orang ramai juga boleh memperbaharui cukai jalan dan lesen di pejabat pos,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ (PSKS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Lepar Utara di sini, semalam.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar, Mohd Shohaimi Jusoh dan Pengarah JPJ negeri, Datuk Zakaria Man. Pada program itu 431 calon daripada 180 warga emas dan 251 Orang Asli berjaya mendapat lesen memandu kelas B2.

Selain itu Solah berkata, menjelang akhir tahun ini, pengguna jalan raya yang ingin membayar saman polis kini boleh membayarnya di kaunter JPJ.

“Pada masa sama, saman JPJ juga boleh dibayar di kaunter polis. Sebelum ini, saman polis hanya boleh dibayar di Ibu Pejabat Polis Daerah atau Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) manakala saman JPJ hanya boleh dibayar di kaunter JPJ,” katanya.

Beliau berkata, perkhidmatan lebih cekap dapat ditawarkan dengan pelaksanaan kedua-dua kaedah terbabit.

sumber asal: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SamanJPJkinibolehdibayardipejabatpos/Article
Oleh Irwan Shafrizan Ismail


p o t p e t p o t p e t :

tiada lagi alasan untuk mengelak.hehee..

Comments :

4 comments to “ saman JPJ boleh bayar di pejabat pos ”

Anonymous said... on 

It's the best time to make some plans for the future and it's time
to be happy. I've read this post and if I could I want to suggest you some interesting things or suggestions.

Maybe you could write next articles referring to this
article. I wish to read more things about it!

Review my web blog: ادارة محافظ استثمارية

Anonymous said... on 

chanel bags online
Greetings! Very helpful advice in this particular post!
It's the little changes that will make the biggest changes.
Thanks a lot for sharing!

Anonymous said... on 
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said... on 
This comment has been removed by a blog administrator.

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com