pengurus restoran mati dibaham 3 singa

PORT ELIZABETH (Afrika Selatan): Tiga singa meratah seorang pengurus sebuah restoran selepas lelaki yang dipercayai mabuk itu cuba ‘bermain’ dengan haiwan berkenaan di taman hidupan liar di sini.

Jan-Friederick Bredenhand, 30, ditarik ke dalam kandang haiwan itu dan dibaham hingga mati di taman tempat dia bekerja, awal pagi semalam.

Kejadian itu berlaku di Addo Croc and Lion Ranch berhampiran bandar ini.

Polis mengesyaki mangsa mabuk ketika dia cuba ‘bermain’ dengan haiwan berkenaan selepas berparti semalaman. Pelancong Veluchia Hassim berkata, dia dikejutkan daripada tidur oleh suara jeritan pada jam 5 pagi.

 “Kami berlari ke kawasan perkhemahan. Ia sungguh dahsyat sekali. Apabila kami tiba di situ, seekor daripada singa itu sedang membaham rusuk Bredenhand,” kata Veluchia. Pemilik taman hidupan liar itu, Johnny Janse van Rensburg terpaksa menembak mati haiwan berkenaan selepas dua minggu mengambil alih resort itu supaya pihak polis dapat mengambil sisa-sisa mayat mangsa.


Jurucakap taman itu, Gerda Swart berkata, Bredenhand dipercayai memanjat tiang di situ sebelum singa berkenaan menarik kaki dan mengheretnya hingga membawa kepada kematiannya yang amat mengerikan. “Dia memanjat pagar yang mengelilingi kandang itu dan berada terlalu dekat dengan haiwan berkenaan.”

“Dia mungkin tidak dapat berfikir dengan waras kerana dia mabuk tetapi tindakannya itu satu perbuatan yang sangat berbahaya dan bodoh,” ujar Gerda. “Orang yang bermain dengan haiwan seperti singa hanya mencari nahas dan dia menerimanya.”

 Menurut Gerda, seekor daripada singa berkenaan menarik Bredenhand ke dalam kurungan itu sebelum dua lagi singa menyerang dan menyiat tubuhnya. “Rakan Bredenhand menyaksikan semua yang berlaku tetapi tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu kerana dia begitu trauma dengan kejadian itu,” tambah Gerda. Rakan mangsa, Simon kemudian berlari untuk mendapatkan bantuan. - Agensi

sumber asal: http://www.hmetro.com.my/articles/Pengurusmatidibaham3singa/Article


p o t p e t p o t p e t :

contoh kesan buruk pengambilan arak. semoga dapat menjadi iktibar khasnya bagi yang beragama Islam
dan amnya lain-lain agama.


Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com