pembedahan plastik hadiah lulus peperiksaan kelayakan memasuki universiti

SEOUL: Selepas bersusah payah mengharungi peperiksaan kelayakan memasuki universiti, kebanyakan pelajar Korea Selatan kini memilih ganjaran bagi membayar penat lelah mereka itu dengan menjalani pembedahan plastik.

Sebilangan hospital bedah plastik mengambil peluang aliran semasa ini di mana kebanyakan ibu bapa memberi ganjaran kepada anak mereka yang gigih belajar selama beberapa tahun dengan menjalani pembedahan plastik, menawarkan potongan bagi operasi hidung dan mata.
Bentuk pembedahan popular termasuk menjadikan hidung lebih tinggi dan membedah mata supaya ia kelihatan lebih besar, terutama sekali popular di kalangan wanita muda.

“Kami sudah mempunyai satu senarai yang panjang dengan nama pelajar malah sebelum mereka menjalani peperiksaan lagi,” kata pengurus sebuah hospital kepada JoongAng Daily.


Di hospital terbabit, dua pembedahan, satu bagi mata dan satu hidung biasanya akan mencecah sehingga 3.7 juta won (RM10,175) jika dilakukan berasingan.

Pakej istimewa, bagaimanapun, menawarkan potongan sehingga 900,000 won (RM247) bagi dua kategori pembedahan terbabit.
Hospital lain pula menggunakan pendekatan berbeza yang mensasarkan ibu pelajar terbabit yang turut sama susah dengan menawarkan makanan dan sokongan selama beberapa tahun pengajian dan bimbangkan anak mereka sehingga selesainya ujian.

“Jika seorang pelajar menjalani dua pembedahan plastik bagi mata dan hidung pada masa yang sama, kami akan menyediakan satu suntikan Botox percuma bagi menghilangkan kedutan ibunya,” katanya dalam satu iklan di halaman web, lapor JoongAng Daily.

Saingan untuk mendapatkan tempat di universiti di Korea Selatan amat sengit dan data kerajaan awal tahun ini menunjukkan bahawa ibu bapa Korea Selatan berbelanja hampir 20 bilion won (RM55 juta) setahun atau dua peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar bagi pendidikan persendirian dan sekolah bagi membantu persediaan pelajar. – Reuters

sumber asal: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bedahplastikhadiahluluspeperiksaan/Article/index_htmlpem

p o t p e t p o t p e t :

macam-macam hal dah jadi kat luar.

Comments :

1
ello said... on 

wuuu.. nmpk ngt dorg ni sbnarnya byk yg x lawa kn....

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com