Malaysia tetap tempah pesawat pengangkut tentera Airbus A400M

KUALA LUMPUR - Malaysia komited dengan tempahannya bagi empat pesawat pengangkut tentera Airbus A400M meskipun beberapa negara menyemak semula tempahan mereka.

"Malaysia satu-satunya negara di rantau ini yang membeli A400M dan ia masih komited dengan tempahannya," kata Naib Presiden pemasaran keupayaan pertahanan Airbus Military, Peter Scoffham (gambar) pada taklimat media di sini semalam.

INILAH rupa pesawat pengangkutan tentera Airbus A400M yang ditempah oleh kerajaan Malaysia daripada Airbus Military sejak 2005.

Scoffham berada di Malaysia untuk memaklumkan perkembangan terkini mengenai pesawat pengangkut awam dan tentera Airbus selepas menghadiri Indo Defence 2010 di Jakarta.


Sebelum ini, Organisation Conjointe de Coopération en Matière d'Armement yang mewakili Belgium, Perancis, Jerman, Luxembourg, Sepanyol, Turki, dan UK komited untuk membeli 180 pesawat A400M tetapi kemudian mengurangkannya kepada 170 unit.

Ini berikutan keputusan Jerman untuk mengurangkan tempahan kepada 53 pesawat daripada 60 unit manakala UK mengurangkannya sebanyak tiga kepada 22 unit.

Ditanya mengenai sama ada akan terdapat kelewatan dan semakan semula kos bagi A400M, Scoffham berkata:

"Saya tidak boleh memberikan perkembangan terkini rasmi... apa yang boleh saya katakan ialah kami gembira dengan kemajuan A400M dan ujian penerbangan."

Dilaporkan pada tahun lepas bahawa Malaysia yang akan menerima pesawat itu pada 2013, tidak perlu membayar wang tambahan bagi empat pesawat pengangkut yang ia tempah pada 2005.

sumber asal: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1113&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

p o t p e t p o t p e t :

wahh..walaupun jumlahnya hanya 4 buah jer berbanding jumlah tempahan negara-negara lain.
tapi....harganya boleh tahan juga.huhuu..

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com