harga RON95 kekal sehingga akhir tahun

KUALA LUMPUR - Pemilik kenderaan boleh berasa lega apabila harga minyak RON 95 dan diesel dijangka kekal masing-masing pada RM1.85 seliter dan RM1.75 sehingga hujung tahun ini.

PENGGUNA diberi jaminan harga RON 95 tidak akan naik tahun ini kerana ia dikawal menerusi subsidi. - Gambar hiasan

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar kecil) berkata, jangkaan itu dibuat berikutan tiada perbincangan ke arah kenaikan harga kedua-dua jenis bahan api itu di peringkat Kabinet sehingga semalam.

Beliau berharap orang ramai tidak cepat panik apatah lagi dipengaruhi dengan kenaikan harga RON 97 sebanyak lima sen seliter kepada RM2.15 berkuat kuasa semalam.

"Kita dapat kawal harga RON 95 menerusi subsidi 22 sen setiap liter tetapi harga RON 97 berbeza kerana ia ditentukan oleh pasaran," kata beliau ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas laporan kenaikan harga RON 97 itu semalam iaitu yang terbaru selepas kenaikan terakhir pada Julai lalu.

sumber asal: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1103&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm
Oleh HISHAM IDRIS dan SUHANA YUSOP




p o t p e t p o t p e t :

kalau bab² nak naik harga laju ja, kalau turun harga...liat!!
kita tunggu dan lihat apa reaksi kerajaan bila harga petrol dunia menurun


Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com