AirAsia X perkenal khidmat transit online

AIRASIA X, syarikat penerbangan jarak jauh terkemuka Asia, memperkenalkan perkhidmatan pemindahan penerbangan secara online kepada penumpang yang memerlukan perkhidmatan transit sebelum berlepas ke destinasi seterusnya.

Perkhidmatan baru itu akan memudahkan proses transit yang lebih selesa kepada penumpang yang singgah di semua destinasi terpilih dalam rangkaian AirAsia X menerusi habnya di Kuala Lumpur.


Ketua pegawai eksekutif, Azran Osman-Rani, berkata dengan pelaksanaan perkhidmatan transit itu, penumpang tidak perlu lagi ke laluan imigresen Terminal Tambang Rendah Kuala Lumpur (LCCT) ataupun berhadapan dua kali pemeriksaan bagasi atau bimbang mengenai permohonan transit mereka.


“Perkhidmatan pemindahan penerbangan boleh diperoleh untuk penerbangan pilihan yang berlepas dari laluan jarak jauh AirAsia X meliputi China, India, Taiwan, United Kingdom dan tidak lama lagi, Korea dan Jepun,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.


Dalam perkembangan lain, AirAsia X sekali lagi menawarkan tambang rendah ‘Amazing Low Fare’dari 15-17 November dan boleh diperoleh secara eksklusif di www.airasia.com.

sumber asal: http://www.hmetro.com.my/articles/AirAsiaXperkenalkhidmattransitonline/Article

Comments :

1
Mr Lonely said... on 

nice blog.. have a view of my blog when free.. http://www.lonelyreload.blogspot.com .. do leave me some comment / guide if can.. if interested can follow my blog...

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com