SPR umum tarikh hari penamaan calon dan pengundian pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas 6 Oktober

PUTRAJAYA 30 Sept. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 6 Oktober ini bagi menetapkan tarikh hari penamaan calon dan pengundian pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said dalam satu kenyataan hari ini berkata, SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Kelantan pada 28 September lalu berhubung kekosongan kerusi N.45 Galas, Kelantan.

Ia berikutan kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima, 46, pada 27 September akibat barah paru-paru.


"Mesyuarat khas itu bertempat di Ibu Pejabat SPR, Putrajaya. Ia kemudian diikuti dengan satu sidang akhbar oleh Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar," katanya di sini.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Allahyarham menewaskan Mohamad saufi Deraman dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 646 undi.

Dalam pada itu, Wan Ahmad ketika dihubungi berkata, SPR menganggarkan keperluan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk mengendalikan pilihan raya kecil itu.

Menurutnya, anggaran itu dianggap bersesuaian berikutan jumlah pengundi berdaftar di kawasan itu yang kecil sekitar 11,000 orang.

sumber asal: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1001&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com