piranha gergasi berjaya ditangkap ketika penggambaran River Monsters

LONDON: Pemancing Britain, Jeremy Wade kelihatan bimbang ketika memegang ikan 'harimau gergasi'.

IKAN spesies piranha ini ditangkap ketika penggambaran River Monsters.

Pemancing berusia 52 tahun itu menangkap ikan spesies piranha itu ketika menyertai ekspedisi memancing di Sungai Kongo, Afrika.

Ikan harimau gergasi itu adalah antara ikan air tawar yang digeruni di dunia dan dikatakan lebih besar dan bahaya berbanding spesies piranha lain.

WADE berhati-hati ketika bergambar dengan ikan harimau gergasi yang ditangkapnya.

Ia memiliki 32 gigi yang saiznya sama dengan gigi ikan jerung putih dan diketahui menyerang manusia dan juga buaya. Hanya segelintir pemancing pernah menangkapnya kerana bahaya dan habitatnya yang sukar dijejaki.


Wade, hos rancangan River Monsters terbitan ITV berkata, dia begitu berhati-hati ketika menaikkan ikan berkenaan yang beratnya lebih 45 kilogram dan panjang 1.6 meter.

Mengulas mengenai ikan itu, Wade berkata, amat sukar untuk menangkapnya lebih-lebih lagi oleh orang luar kerana habitatnya yang jauh di pedalaman.

“Tiada penunjuk arah untuk ke kawasan habitatnya,” kata Wade.

Dia yang menghabiskan masa lapan hari untuk menangkap ikan melepaskan semula ikan itu tidak lama selepas menangkapnya. - Agensi

sumber asal: http://www.hmetro.com.my/articles/Piranhagergasiberjayadipancing/Article





Comments :

1
SyafzMagz (Yen) said... on 

fuhh! berani giler pak cik ni...

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com