mohon asrama penuh guna laman web KPM

KUALA LUMPUR: Ibu bapa yang mahu membuat permohonan untuk mendaftarkan kemasukan anak mereka ke asrama penuh melalui sistem atas talian Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) diminta melayari laman web rasmi kementerian itu di www.moe.gov.my.


Jurucakap Unit Komunikasi Korporat KPM berkata, ibu bapa tidak digalakkan menggunakan enjin pencarian bagi melayari laman web berkenaan sebaliknya disaran menggunakan alamat laman web rasmi kementerian berkenaan.

“Sehingga kini laman web rasmi kami masih aktif, pengguna hanya perlu melayari www.moe. gov.my bagi membuat permohonan dan bukan ke laman web www.emoe.gov.my kerana ia tidak lagi digunakan.


“Bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan, mereka tidak digalakkan menggunakan enjin pencarian kerana ia akan menghubungkan pelayar ke laman web www.emoe.gov.my dan akan tertera perkataan ‘sistem sedang dikemaskini’,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.



Beliau berkata demikian mengulas aduan ibu bapa bahawa mereka tidak boleh membuat permohonan kemasukan ke asrama penuh secara atas talian berikutan laman web KPM tidak boleh dilayari.


Katanya, ibu bapa diingatkan supaya memastikan permohonan atas talian yang dilakukan di cetak, ditandatangani pemohon dan disahkan guru besar sekolah masing-masing.


sumber asal: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MohonasramapenuhgunalamanwebKPM/Article

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com