Bush dibaling kasut, Obama dibaling buku

PHILADELPHIA: Presiden Amerika Syarikat Barack Obama nyaris kena sebuah buku yang dibaling ke arahnya ketika beliau berkempen di sini semalam tetapi tidak jelas dari mana ia dibaling dari arah orang ramai atau mengapa ia dibaling ke arah Obama, yang jelas tidak sedar kejadian.


Tindakan menghukum pihak tertentu dijangkakan selepas ejen Perkhidmatan Rahsia menyiasat kejadian di Vernon Park itu yang boleh membahayakan presiden.

Insiden lain turut diberi perhatian ketika perhimpunan itu apabila seorang lelaki bogel dibawa keluar sambil bergari oleh polis. Tidak jelas jika lelaki itu yang membaling buku atau mengapa dia tidak memakai pakaian.


Insiden luar biasa itu mengingatkan semula pada kejadian 2008 apabila seorang wartawan Iraq membaling kasutnya ke arah Presiden George Bush dalam sidang media di Baghdad.

Bush berjaya mengelak terkena kasut dan saat itu diabadikan dalam tulisan berbentuk ejekan dan permainan video internet.

Insiden itu juga mencetuskan kontroversi dengan media Amerika mempersoalkan mengapa ejen Perkhidmatan Rahsia yang sepatutnya bersedia mati untuk presiden, jauh daripada Bush.
Soalan sama tentu akan ditanya sekali lagi ketika Obama cuba mengumpul sokongan tiga minggu sebelum pilihan raya Kongres berlangsung.

Obama sekali lagi menggunakan ucapan yang biasa ketika berucap di dewan serba guna bandar Germantown meninggikan nada suara serta bersemangat yang membawanya ke Rumah Putih dua tahun lalu.

Tetapi, beliau dan parti Demokrat sedar sokongan tahun ini terjejas kerana keadaan sudah berbeza dengan tinjauan menunjukkan Parti Republikan bakal menguasai Dewan Perwakilan dan Senat.

Republikan ada alasan kukuh untuk optimis selepas banyak tinjauan menunjukkan pengundi tidak puas hati dan malah berang terhadap kepimpinan Obama dan Kongres dikuasai Demokrat.

Obama dan partinya dipersalahkan atas pemulihan ekonomi perlahan dan kadar pengangguran tinggi berterusan.

Jumaat lalu, Biro Statistik Buruh, dalam berita ekonomi terakhir sebelum pilihan raya November depan, memberi tamparan kepada Demokrat menunjukkan Amerika kehilangan 95,000 kerja September lalu dan kadar pengangguran kekal 9.6 peratus.

Merumitkan keadaan, Washington dijangka mengumumkan minggu ini bahawa lebih 58 bilion penerima Keselamatan Sosial akan perlu melalui setahun lagi tanpa kenaikan elaun bulanan mereka. – Agensi

sumber asal: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Obamanyariskenabuku_terbang_/Article

Comments :

3 comments to “ Bush dibaling kasut, Obama dibaling buku ”

Hakim Az said... on 

nasib baek xkene baling tahi.hahaha

Anonymous said... on 

Act likes a fool. Use a smart way to show dissatisfaction. He should not do like this.
View Profile: Mohd Amir®

lain kali baling saja tong gas ka br best

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com