bayi mati digigit kera liar

SEREMBAN - Tindakan seorang datuk meninggalkan cucu perempuannya yang baru berusia empat hari di ruang tamu bersendirian mengundang padah apabila bayi tersebut mati selepas disyaki menjadi mangsa serangan kera jantan liar dalam kejadian di Taman Gembira, Rasah di sini semalam.
Valayutham menunjukkan lokasi dia menjumpai cucunya yang berlumuran darah akibat diserang kera jantan.

Ekoran kejadian pukul 1.15 petang itu, bayi yang masih belum diberi nama tersebut cedera parah di kepala, telinga, leher dan muka akibat digigit haiwan berkenaan.


Mengimbau semula kejadian tersebut, datuk mangsa, A. Valayutham, 70, memberitahu, dia meletakkan cucunya di ruang tamu kerana hendak mengambil minuman di dapur.

Difahamkan, sebelum kejadian, ibu mangsa, V. Revathy, 26, pergi ke bilik air manakala isteri Valayutham sedang memasak.

Menurut Valayutham, selepas beberapa langkah, dia terkejut sebaik mendengar Revathy menjerit apabila mendapati anaknya hilang.

"Saya yang cemas kemudian bergegas mencari bayi tersebut di luar rumah dan saya bagaikan hendak pitam apabila mendapati tubuh kecil cucu saya terbaring di tepi sebatang pokok bunga dalam keadaan berlumuran darah.

"Pada masa yang sama saya juga melihat beberapa ekor kera berlari ke arah belukar yang terletak bersebelahan dengan rumah saya," katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJ) di sini semalam.

Dia kemudian bergegas membawa cucunya ke HTJ sebelum bayi itu disahkan mati akibat kecederaan parah di kepala, muka dan leher.


sumber asal: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1007&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com