ahli perniagaan Singapura tawar beli Liverpool

LONDON: Ahli perniagaan Singapura, Peter Lim dilaporkan membida untuk mengambil alih kelab Perdana Inggeris, Liverpool dengan tawaran lebih lumayan berbanding pembeli dari Amerika Syarikat.

Stesen penyiaran BBC melaporkan semalam, Lim, yang bergiat dalam perniagaan fesyen, logistik dan perniagaan tani percaya tawarannya lebih menarik untuk menyingkirkan pemilik sedia ada, Tom Hicks dan George Gillett.


Pengerusi Liverpool, Martin Broughton bagaimanapun mengumumkan Rabu lalu bahawa Liverpool akan dijual kepada New England Sport Ventures milik HenryJohn, juga dari Amerika Syarikat bernilai 300 juta pound.
Lim percaya tawaran Henry kurang menarik dari segi syarat kewangan yang ditawarkannya.


Lim menawarkan untuk membayar balik semula hutang jangka panjang Liverpool di Royal Bank of Scotland dan Bank Wachovia sebanyak 200 juta pound.

Dia juga akan menanggung 60 juta pound hutang lain dan menyuntik 40 juta pound lagi sebagai modal kerja kelab itu.

Ahli perniagaan Singapura itu dilaporkan menanggung semua hutang dan modal membeli Liverpool tanpa membuat pinjaman bank, berbanding pembeli dari Amerika Syarikat itu.
Seorang kenalan rapat dengan Lim berkata, perkara itu dinyatakan sendiri oleh Broughton yang menyaksikan Lim adalah pembida terbaik untuk membeli Liverpool berbanding New England Sports Ventures. - AFP

sumber asal: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/AhliperniagaanSingapuratawarbeliLiverpool/Article

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com