pegawai imigresen rasuah ditukar secara berperingkat-peringkat

KUALA LUMPUR: Kakitangan imigresen di semua pintu keluar masuk yang diklasifikasikan sebagai kawasan panas di seluruh negara, termasuk pegawai kanannya akan ditukar secara berperingkat-peringkat dalam usaha untuk membersihkan jabatan itu daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa.

Pertukaran 20 kakitangan di Pelabuhan Klang membabitkan Pelabuhan Barat, Utara dan Selatan, termasuk di Jeti Penumpang Pulau Ketam itu berkuat kuasa 27 September ini adalah tindakan fasa pertama rombakan besar-besaran jabatan berkenaan. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman yang mengesahkan tindakan menukar 20 kakitangannya, berkata langkah itu membuktikan pentingnya aspek kerjasama berkumpulan dan perkongsian tanggungjawab antara kakitangan di semua peringkat.


Saya ada barang yang nak dijual dan barang itu adalah Jabatan Imigresen. Oleh itu, barang berkenaan perlu dilihat sebagai bagus dan untuk menjamin kualiti barang itu tidak terjejas, mana-mana yang tidak bagus mesti segera dikeluarkan.

Dalam hal ini tidak timbul cerita sama ada yang ditukarkan itu terbabit atau tidak (rasuah dan salah guna kuasa) kerana kakitangan semua peringkat perlu sentiasa bekerjasama dan tegur menegur untuk kebaikan, kata ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, Berita Harian melaporkan Jabatan Imigresen menukarkan 20 anggota dan pegawainya di Pelabuhan Klang ke beberapa cawangan negeri kerana disyaki terbabit rasuah dan salah guna kuasa hingga boleh menggugat keselamatan negara.

Tindakan itu diambil kurang sebulan selepas pendedahan berhubung kegiatan rasuah dan salah guna kuasa kakitangan imigresen di Jeti Penumpang Pulau Ketam oleh Berita Harian.
Akhbar ini dalam laporan eksklusifnya pada 27 Ogos lalu mendedahkan ada anggota dan pegawai imigresen di Jeti Penumpang Pulau Ketam, Pelabuhan Klang menerima sogokan sehingga RM60,000 sebulan menyebabkan pintu masuk negara mudah dibolosi pendatang tanpa izin.

Abdul Rahman yang tidak akan berkompromi dengan kakitangannya yang mempertikaikan keputusan pertukaran itu, berkata soal bersalah atau tidak juga tidak timbul dalam hal ini.

sumber asal: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pegawaiimigresenrasuahditukarsecaraberperingkat/Article
oleh: Norfatimah Ahmad




Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com