Muafakat buat laporan polis mengenai video Namewee

KUANTAN: Permuafakan NGO Melayu Pahang Bersatu (MUAFAKAT) hari ini membuat laporan polis terhadap pemuda dari Muar Johor, Wee Meng Cheng atau lebih dikenali "Namewee" ekoran perbuatannya menghasilkan klip video yang boleh menyemarakkan api perkauman.
Laporan itu dibuat oleh Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang, Wan Emril Nizam Wan Embong yang mewakili 15 NGO terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini.

namewee

Namewee sebelum ini pernah mencetuskan kemarahan rakyat dengan klip videonya berjudul Negarakuku.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Wan Emril berkata, apa yang dilakukan Namewee adalah satu bentuk provokasi yang disengajakan selain jelas menunjukkan pemuda itu tidak insaf meskipun pernah memohon maaf atas kesalahannya mengubah lirik lagu Negaraku kepada Negarakuku suatu ketika dahulu.


"Jangan bagi muka kepada individu seperti ini kerana tindakannya itu jelas menimbulkan kemarahan serta keresahan di kalangan rakyat," tegasnya.


Antara 15 NGO terbabit ialah GPMS Pahang; Wira Perkasa Pahang; Alumni Graduan Muda Pahang; Majlis Belia Daerah; Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris); Majlis Guru Pahang dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida).-Bernama

sumber asal: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MuafakatbuatlaporanpolismengenaivideoNamewee/Article


habis la ko namewee..ko yang cari penyakit





Comments :

3 comments to “ Muafakat buat laporan polis mengenai video Namewee ”

Salmia said... on 

bajet nak femes cepat..
macam tu je la kot cara dia ada

ieyza said... on 

habis la ko namewee..ko yang cari penyakit


statement atas nie yg best tu...padan muka si namewee tu...harap2 dapatla dier balasan yg setimpal...

wanshah said... on 

patut tarik je terus status warganegara dia. baru dia tau xde tempat dia bleh bertapak. Orang luar berebut² nak jadi rakyat mesia. Rasanya kalo kerajaan tarik status warganegara dia, semua orang setuju kot.

Http://wanshah87.blogspot.com

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com