Bendera kepung rumah Duta Malaysia dan tuntut tinggalkan Indonesia

JAKARTA: Kira-kira 500 orang bermotosikal mengadakan protes di depan kediaman Duta Malaysia di Jakarta, semalam, bagi mengutuk penderaan ke atas pembantu rumah yang berlaku baru-baru ini.

Mereka dilaporkan mengepung rumah Duta Malaysia, Syed Munshe Afdzaruddin, dan menuntutnya meninggalkan Indonesia dalam tempoh dua hari.

Penunjuk perasaan juga mengancam untuk mengusir mana-mana warga Malaysia yang ditemui di kompleks beli-belah berhampiran.

Jurucakap Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) berkata, jika duta itu gagal keluar dari Indonesia, mereka akan menggeledah rumahnya bagi memindahkan semua barangan di dalamnya.


“Malaysia benar-benar melampau dan sekali lagi mendera serta merogol pembantu rumah kita. “Kami hilang sabar kerana Malaysia terus menghina Indonesia dan warganya,” katanya. - AFP

sumber asal: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BenderatuntutDutaMalaysiatinggalkanIndonesia/Article


kes bawa lari anak dara orang ke Lombok tak dikira sebagai penghinaan ke?





Comments :

1
MK Kimi said... on 

DIorang ni bengong. ingat diorang tu bagus sgt! Dtg ke Malaysia wat setan sana sini, mana org tak mrh. tak sedar rakyat diorg tu menumpang kt negara ni...sedarlah sket!

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com