wanita curi penutup siling lif berjaya dicekup pegawai keselamatan

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 38 tahun kempunan selepas gagal menjual penutup siling lif yang baru dicuri bersama dua rakannya apabila dicekup pengawal keselamatan di sebuah pangsapuri di Taman Muda di sini, Isnin lalu.

Bagaimanapun, dua rakan subahat wanita terbabit berjaya meloloskan diri walaupun sudah dikepung dua pengawal keselamatan yang sedang melakukan rondaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, ketiga-tiga suspek dipercayai menceroboh bangunan asrama milik sebuah kolej yang sudah ditinggalkan sebelum mencuri barangan berharga dalam bangunan berkenaan.



Menurut sumber, kelibat mereka bertiga yang sedang membawa barang dalam keadaan mencurigakan disedari dua pengawal keselamatan di kawasan itu dan cuba menahan mereka.


“Tersentak dengan kehadiran pengawal keselamatan itu, dua lelaki terbabit melarikan diri, manakala wanita berkenaan ditahan.


“Hasil pemeriksaan pengawal keselamatan itu mendapati kumpulan terbabit mencuri penutup siling lif di bangunan milik sebauh kolej bersebelahan pangsapuri itu,” katanya.


Pengawal keselamatan yang sedar akan perbuatan kumpulan terbabit itu segera menghubungi polis sebelum pihak berkuasa berkenaan menahan wanita terbabit.


Sehubungan itu, pengawal keselamatan itu tampil di Balai Polis Pandan Indah, di sini, untuk membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan.


Kes itu disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan jenayah.


Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dilakukan.


sumber asal : http://www.hmetro.com.my/articles/Wanitacuripenutupsilinglifdicekup/Article





Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com