tol percuma sempena merdeka

KUALA LUMPUR: Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) akan memberikan tol percuma bagi semua kelas kenderaan di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-53.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Sazally Saidi berkata tol percuma ini akan diberikan selama 24 jam bermula 31 Ogos mulai 12 tengah malam hingga tengah malam hari berikutnya.


Sejajar dengan pengumuman Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor baru-baru ini, Litrak akan memberikan tol percuma kepada para pengguna lebuhrayanya sebagai tanda penghargaan syarikat disamping mengambil semangat Hari Kemerdekaan dan menyemarakkan lagi semangat 1Malaysia, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

"Kami amat berbangga kerana menjadi sebahagian daripada perayaan yang sungguh bermakna ini dan menjadi harapan kami agar pemberian ini akan menyemai semangat 1Malaysia dan menyemarakkan lagi semangat patriotik terhadap negara,"
katanya.

Sazally berkata pemberian tol percuma sempena Merdeka ini adalah di kesemua empat tol plaza di LDP. - Bernama


sumber asal : http://www.hmetro.com.my/articles/TolpercumasempenaMerdeka/Article/?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter





Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com