pemeriksaan percuma kenderaan persendirian dan motosikal oleh puspakom sempena musim perayaan

KUALA LUMPUR: Puspakom Sdn Bhd menawarkan pemeriksaan percuma kepada pemilik kenderaan persendirian dan motosikal di semua cawangan Puspakom sempena musim perayaan ini.



Pemeriksaa percuma oleh anak syarikat milik penuh Kumpulan DRB-HICOM ini bermula hari ini sehingga 9 September.

"Pemeriksaan menyeluruh yang akan dijalankan oleh kakitangan Puspakom yang bertauliah merangkumi pengesahan identiti kenderaan, pemeriksaan bahagian atas kenderaan, ujian pengeluaran asap (untuk enjin petrol), ujian brek, ujian suspensi, ujian gelincir sisi, ujian meter laju dan ujian bawah kenderaan," kata Puspakom dalam kenyataan hari ini.

Puspakom berkata, pemeriksaan percuma itu adalah antara komitmen Puspakom kepada pelanggannya dan sebahagian daripada tanggungjawab sosialnya untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang keselamatan kenderaan mereka.

Puspakom juga akan menjalankan pemeriksaan identiti dan tayar terhadap motosikal yang hadir untuk pemeriksaan.

"Puspakom turut menjalinkan kerjasama dengan pihak Jabatan Keselamatan Jalan Raya dengan menyertai kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya di lokasi-lokasi tertentu," kata kenyataan itu.-Bernama

sumber asal: http://www.hmetro.com.my/articles/Puspakomtawarpemeriksaanpercumakenderaanpersendiriandanmotosikal/Article/?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter





Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com