maklumat terkini KWSP boleh diperolehi di facebook dan twitter

KUALA LUMPUR: Orang ramai kini boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan mendaftar di laman sosial Facebook dan Twitter.


Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Kewangan dan Khidmat Pelanggan KWSP, Hizwani Hassan berkata akaun Facebook didaftarkan dengan nama 'Kumpulan Wang Simpanan Pekerja' dan Twitter KWSP di KWSPBuzz. Katanya, penggunaan media sosial seperti itu akan membolehkan berita terkini KWSP disebarkan lebih cepat melalui gambar dan video.


"Lebih penting lagi ia membolehkan KWSP mendekati pencarumnya dengan lebih meluas terutamanya generasi-Y dan mereka yang bergantung kepada gajet mudah alih bagi mendapatkan berita-berita terkini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya dalam tempoh beberapa bulan Facebook KWSP diperkenalkan, lebih 6,600 orang sudah mendaftar.

"Faedah utama yang diperoleh dengan mendaftar di Facebook dan Twitter KWSP terbukti pada awal tahun ini apabila mereka memperoleh maklumat mengenai pengumuman kadar dividen KWSP 2009 pada masa sama editor dan wartawan akhbar utama menerimanya melalui siaran akhbar KWSP," kata beliau.

Bagaimanapun, Hizwani berkata kedua-dua saluran itu diwujudkan hanya sebagai penyampai maklumat terkini selain mendekati 12.3 juta pencarumnya.

"Pencarum diingatkan supaya menggunakan saluran sedia ada seperti kaunter perkhidmatan, pusat panggilan KSWP di talian 03-8922 6000 atau pertanyaan online melalui laman web myEPF sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai KWSP," katanya.-Bernama

sumber asal : http://www.hmetro.com.my/articles/MaklumatterkiniKWSPdiFacebookdanTwitter/Article/?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter



Info tambahan:

KWSP membenarkan ahli mengeluarkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan.

Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 20% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Kelayakan pengeluaran simpanan untuk membuat pelaburan seperti berikut:
1- Warganegara Malaysia; ATAU
2- Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan KWSP; ATAU
3- Bukan warganegara Malaysia yang ;
 Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU
 Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)
4- Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN
5- Ahli mempunyai simpanan Akaun 1 yang melebihi jumlah simpanan asas sekurang-kurangnya sebanyak RM5,000.00

Baca di sini: Pengeluaran Pelaburan Ahli


Untuk bacaan secara terperinci berkenaan pelaburan unit amanah, klik di sini: Jom Melabur



simieY: simieY buat part time jadi unit trust consultant. Email jumlah simpanan asas (Akaun 1) dan tarikh lahir ke si_miey@yahoo.com dan simieY tolong kirakan sama ada anda layak melabur melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com