Kerajaan Kelantan saman Petronas

KUALA LUMPUR: Kerajaan Kelantan hari ini memfailkan saman terhadap Petroliam Nasional Berhad (Petronas) di Mahkamah Tinggi di sini berhubung dakwaan melanggar kontrak.


Saman difailkan di Bahagian Pendaftaran Perdagangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9.30 pagi ini.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan.
Saman itu turut melibatkan beberapa isu Perlembagaan. - BERNAMA

sumber asal: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KerajaanKelantansamanPetronas/Article



KUALA LUMPUR: Kerajaan Kelantan hari ini memfailkan saman terhadap Petronas di Mahkamah Dagang di sini kerana mendakwa syarikat minyak negara itu melanggar perjanjian selain menuntut agar Petronas melaksanakan perjanjian petroleum dengan negeri itu.

Saman pemula itu difailkan di Bahagian Pendaftar Mahkamah Dagang pada 9.30 pagi ini melalui pejabat peguam Tetuan Tommy Thomas.

Antara relif yang lain dituntut adalah satu penjelasan diambil atau satu siasatan diperintahkan yang menghendaki Petronas untuk membuat pendedahan penuh dan benar berhubung semua fakta berkaitan dengan bayaran-bayaran tunai yang perlu dibuat kepada Kelantan, termasuk tempoh dari mana petroleum dikeluarkan, didapati atau diperoleh di luar pantai Kelantan, kawasan-kawasan/blok-blok dari mana petroleum telah didapati dan diperoleh, serta jumlah bayaran tunai yang perlu dibuat kepada Kelantan.


Kerajaan negeri turut menuntut agar semua tunggakan pembayaran tunai yang telah diperjelaskan, hendaklah dibayar dalam tempoh satu bulan daripada perintah mahkamah.


Ia juga memohon satu perintah supaya semua bayaran tunai pada masa hadapan hendaklah dibayar kepada kerajaan negeri Kelantan oleh Petronas bagi petroleum yang dikeluarkan di luar pantai Kelantan seperti mana Perjanjian Petroleum Kelantan.


Turut dituntut lima relif yang lain, termasuk relif ganti rugi dan kos.


Saman pemula itu tidak menyatakan jumlah keseluruhan tuntutan daripada Petronas.


Dalam kenyataan tuntutan, kerajaan negeri menjelaskan bahawa Perjanjian Petroleum Kelantan yang ditandatangani pada 9 Mei 1975, secara jelas menyatakan bahawa Petronas hendaklah membayar secara tunai sebanyak lima peratus bagi segala hasil minyak sama ada di pantai ataupun di luar pantai negeri itu.


Mengikut klausa kedua perjanjian, bayaran tunai itu hendaklah dibayar dua kali dalam setahun, pada atau sebelum 1 Mac, atau sebelum 1 September.


Menurut Klausa 3 pula, pembayaran itu hendaklah terus dibayar selama mana petroleum diperoleh dari negeri tersebut dan tidak perlu membayar sekiranya petroleum tidak lagi diperoleh. Dalam kenyataan tuntutan itu, kerajaan negeri turut menjelaskan bahawa hak milik sumber petroleum dan hak-hak keistimewaan untuk mencari gali bukan satu pemberian kepada Petronas tanpa sebarang balasan ataupun pampasan.


Selepas sahaja saman itu difailkan, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama hampir kesemua ahli exco kerajaan negeri serta seramai 200 penyokong mengadakan sembayang hajat di Masjid Wilayah Persekutuan berhampiran. Dalam kenyataan ringkas kepada media selepas itu, Nik Aziz berkata, beliau sebagai ketua kerajaan negeri perlu menjaga kehormatan harta kerajaan negeri Kelantan.-Bernama

sumber asal: http://www.hmetro.com.my/articles/KerajaannegeriKelantansamanPetronaslanggarperjanjiankontrakminyak/Article/?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter


sebagai anak kelantan, sudah tentu la simieY mengharapkan keputusan yang terbaik dicapai





Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com