Israel rancang bina terowong keliling Masjid al-Aqsa

BAITULMAQDIS: Yayasan Warisan dan Kebajikan al-Aqsa mendedahkan satu rancangan baru Israel yang menyasarkan untuk membina sebuah terowong bawah tanah di sekeliling Masjid al-Aqsa.



Dalam satu kenyataan bertulis dikeluarkan pada 16 Ogos, Yayasan itu berkata;

Menerusi rancangan itu, pihak berkuasa jajahan menuntut untuk mendirikan terowong menghubungkan Laluan Alsharaf yang digelar Laluan Yahudi, dengan kaki lima Buraq (merujuk kepada perkarangan Masjid Kubah Emas) dan Masjid al-Aqsa. Ia berkata pendedahan rancangan itu dilakukan setahun setengah lalu.


Persatuan berkata berita mengenai terowong itu mendominasi muka pertama akhbar Maariv, Isnin lalu, yang dianggap ramai bermaksud bahawa kerajaan Israel sudah meluluskan rancangan pembinaannya.

Bukan hanya terowong itu mengancam tapak suci umat Islam, malah ia juga akan membenarkan dengan mudahnya pengerahan polis atau tentera ketika mana-mana serbuan akan datang ke atas pekarangan masjid, dikenali sebagai Al-Haram Al-Sharif.

Yayasan itu menambah pengumuman projek berkenaan adalah sejajar dengan pengiktirafan oleh menteri polis Israel berhubung satu latihan besar-besaran tentera penjajah mengenai serbuan besar-besaran ke atas Masjid al-Aqsa.
Ia menggesa penduduk Palestin di Tebing Barat, Baitulmaqdis dan tanah yang diduduki pada 1948 supaya sering mengunjungi al- Aqsa, terutama ketika Ramadan, bagi berdepan mana-mana keinginan jahat Israel untuk merosakkannya. Agensi

sumber asal: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/IsraelrancangbinaterowongkelilingMasjidal-Aqsa/Article




Comments :

1
paDel said... on 

tgu je la yahudi akan dihapuskan dari bumi palestin nanti...siap sedia untuk berjuang

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com