Iran tawar senjata kepada Lubnan

TEHERAN: Iran bersedia menjual senjata buatannya kepada Lubnan sekiranya Beirut meminta bantuan untuk melengkapkan senjata ketenteraannya, kata Menteri Pertahanan Iran, semalam.

Jeneral Ahmad Vahidi berkata demikian sehari selepas pemimpin kumpulan Syiah Hezbullah, Sheik Hassan Nasrallah menggesa kerajaan Lubnan meminta bantuan ketenteraan daripada Iran. “Lubnan adalah sahabat kami. Sekiranya mereka benar-benar memerlukan bantuan, kami sedia menjalankan urus niaga senjata,” kata Ahmad seperti dilaporkan agensi berita Irna.

Dalam ucapan secara langsung di televisyen Selasa lalu, Sheikh Hassan berkata, kumpulan sokongan Hezbullah di Iran sedia menawarkan bantuan kepada Lubnan. Pemimpin Hezbullah itu membuat saranan demikian selepas Kongres Amerika Syarikat membatalkan bantuan ketenteraan bernilai AS$100 juta (RM320 juta) kepada Lubnan awal bulan ini. Amerika bimbang jika bantuan ketenteraan itu digunakan untuk menentang Israel.

Kerajaan Lubnan mempunyai akaun di bank pusat bagi membolehkannya menerima sumbangan bagi urus niaga pembelian senjata ketenteraan.

Bagaimanapun, Beirut bukan saja bergantung kepada bantuan Amerika tetapi juga negara lain seperti Rusia dan dunia Arab. - AP

sumber asal : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Irantawarsenjata/Article/index_html




Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com