gangguan bekalan air di Tanah Merah esok

KOTA BHARU: Beberapa kawasan di Tanah Merah dijangka akan mengalami masalah gangguan bekalan air berikutan kerja-kerja penyelenggaraan penyambungan dan ubahsuai paip di loji rawatan Air Bukit Remah, bermula esok.


Eksekutif Hal Ehwal Pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Hazwan Hassan berkata antara kawasan terlibat adalah bandar Tanah Merah, Jalan Jedok, Jalan Klinik, Manal, Padang Siam, Lubuk Rotan, Bukit Panau, Belimbing, Jalan Lubok, Bukit Gading, Bechah Laut, Jerangau dan Temangan.


Gangguan itu bermula pada pukul 8 malam sehingga 5 pagi keesokan harinya dan bekalan dijangka pulih secara berperingkat dalam tempoh tujuh hari selepas kerja-kerja siap dilaksanakan, katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu beliau meminta pengguna agar menyimpan bekalan air secukupnya dan jika ada ebarang pertanyaan, mereka boleh menghubungi Pusat Maklumat dan Talian Aduan AKSB (PINTAS) di talian 1300-88-2572. -Bernama

sumber asal: http://www.hmetro.com.my/articles/GangguanbekalanairdiTanahMerah_esok/Article/?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter







Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com