Facebook saman Teachbook

CALIFORNIA: Pengurusan laman Facebook mengemukakan saman terhadap web masyarakat perguruan baru, Teachbook.com, kerana menggunakan perkataan ‘book’ sebagai sebahagian nama, menurut dokumen mahkamah.


Facebook mengambil tindakan itu meskipun Teachbook belum dilancarkan dengan rasmi atas alasan ‘ia mengambil peluang daripada reputasi terkenal nama Facebook, lapor Wired.com yang dipetik akhbar The Telegraph, semalam.


Tindakan saman itu difahamkan difailkan di sebuah mahkamah daerah California, awal minggu ini.
Facebook yang memperoleh anggota ke 500 juta bulan lalu turut menuduh Teachbook mencabul, mencemar hak cipta dan bersaing secara tidak adil.

Teachbook yang dibentuk sebuah syarikat Amerika Syarikat dan dijadual dilancarkan akhir tahun ini, baru mempunyai 47 ahli. – Agensi

sumber asal: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/FacebooksamanTeachbook/Article/index_html





Comments :

2 comments to “ Facebook saman Teachbook ”

Dark Half said... on 

macam gajah nak saman semut
takkan rasa tergugat kot?

budak xnakal said... on 

mungkin semut ada potensi utk jadi dinosour ;)

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com