cuti putus cinta diperkenalkan di Jepun

TOKYO: Kakitangan di sebuah syarikat pemasaran di Jepun dibenar mengambil cuti andai mereka putus cinta. Cuti itu lebih lama jika usia lebih tua.


Hime and Company yang beribu pejabat di Tokyo yang turut memberi pelepasan kepada kakitangan untuk membeli belah menegaskan, cuti putus cinta itu untuk membenarkan kakitangan menghilangkan kesedihan dan datang kerja dengan perasaan tenang.

"Tidak semua orang boleh mengambil cuti melahirkan anak tapi semua kakitangan boleh mengambil cuti putus cinta," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Miki Hiradate.


Kakitangan berusia 24 tahun atau kurang boleh mengambil cuti sehari, dua hari untuk mereka yang berusia 25 hingga 29 tahun dan tiga hari kepada mereka yang lebih tua.

"Wanita 20-an mampu mencari pengganti dengan kadar pantas tapi wanita 30-an lebih sukar melakukannya. Sebab itulah putus cinta untuk mereka lebih sukar lagi," katanya lagi - Reuters

forwarde by: WaZZeR-AffeNdY


macam² la kat Jepun ni. tapi betul juga apa dia buat..
kalu datang kerja muncung ja, boleh pengaruhi yang lain² ;)






Comments :

6 comments to “ cuti putus cinta diperkenalkan di Jepun ”

ejum said... on 

dasyat jgak..kalau buat kat malaysia style jgak.hehe

fathiahRAIHANA said... on 

sungguh , dasyat la jugak . hehehehehe .
bgos dyorg nie .

makdara TERDIVA said... on 

nak kerja kt jepun la macamni..haha!

~sue~ said... on 

Di Jepun kah aku ni? boleh la apply cuti.. kekeke

nak elak diorang buat something yang memudaratkan kot.. terbaik punya bagi cuti (^-^)

kalau ade cuti malas keje lagi lah best..

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com