angkasawan seperti berusia 80 tahun ketika di angkasa lepas

CAPE CANAVERAL (Florida): Angkasawan akan menjadi lemah seperti mencecah usia 80 tahun selepas enam bulan berada di Stesenn Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), demikian menurut kaji selidik terbaru yang menimbulkan kebimbangan ketika NASA sedang berfikir sedalam-dalamnya untuk meneruskan penjelajahan ke asteroid dan Marikh.



Ahli Biologi Universiti Marquette, Robert Fitts, yang mengetuai penyelidikan itu, menekankan penuaan di angkasa lepas yang berlalu dengan cepat adalah bersifat sementara, di mana otot mereka (angkawasan) akan kembali pulih selepas beberapa bulan kembali ke bumi.


Tetapi, bagaimana sekirana anak kapal memerlukan pendaratan cemas di bumi dan bergegas daripada kapal angkasa? Bagaimana pula sekiranya selepas tiba di Marikh, angkasawan perlu melakukan kerja pembaikan dengan segera?Adakah angkasawan dapat mengumpul kekuatan untuk kerja rutin?


"Saya bimbang," kata Fitts.

Angkasawan dapat menggelakkan daripada menjadi lemah, tetapi dengan kajian mendalam dan penggunaan kelengkapan yang tepat di gimnasium angkasa lepas, menurut pemerhatian Fitts, ia dapat dielakkan.

Penemuan Fitts itu adalah berasaskan biopsi otot betis yang dikumpul pasukannya daripada sembilan penduduk ISS Amerika Syarikat dan Russia antara 2002 hingga 2005.

Penyelidik mendapati angkasawan yang menghabiskan masa selama enam bulan di ISS, kehilangan lebih 40 peratus tenaga bagi otot betis.

Ia adalah otot penting bagi memberikan keseimbangan dan membantu postur, di mana dikenalpasti membabitkan kadar penerimaan kesan yang melebihi berbanding otot lain. - AP






Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com