bila nak kahwin??



sekadar gambar hiasan.hehee..


Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan

Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak atau bujang lapok
Si dara, ayah takut bergelar andalusia


Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba (he..he..ni cadangan pelik kawan saya)

Bila nak kawin???
Aduuuhh...aku disoal lagi
Kawin??? Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata
(aku ambil tunang @ bini kau, baru padan muka)

Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa...haa... haa)
Andai memilih suami/isteri semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..(yummyyyy y)

Bila nak kawin???
Aaahhh....sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.

Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh, Insya-Allah takkan ke mana.

Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada

forwarded by: WaZZeR-AffeNdY





Comments :

6 comments to “ bila nak kahwin?? ”

A-Y-I-E said... on 

saya nak kahwin... hihihih.. tapi::.::

1) Belum bersedia- Persedian untuk menjadi seorang suami / isteri amat penting.Persedian ini adalah dari segi mental mahupun fizikal

2) Belum mampu-Kemampuan seseorang lelaki dari segi kewangan adalah amat penting juga.Jika kita ini tiada pekerjaan, adakah kita boleh bertahan didalam dunia perkahwinan?

3) Mencari pasangan susah-Ya memang betul pada saya sekarang ini mencari pasangan adalah susah kerana lelaki sekarang ini bukanlah seorang lelaki yang baik.Tetapi tidak semua lelaki sebegitu.

OOOpsss.. panjang pula komen.. hehehe

salam dari BLOG A-Y-I-E

buðak xnakaℓ said... on 

wahh..panjang lebar penjelasan en A-Y-I-E kenape beliau masih single :p

belalang hijau said... on 

jgn d ikut sgt ckp org2 d sekeliling kita...

mula2 kwn,sibuk tnya bila nak tunang,dah tunang,sibuk soh nikah,bila dah nikah,sibuk tnya bila nak dpt baby,dah dpt baby,sibuk tanya bila nak tmbh baby lagi...

huhuhu penin2...

**kata2 dr org yg h kawen... :-p

buðak xnakaℓ said... on 

betul³
sampai bila pun tak habis² ek

za salehan said... on 

hehe bese la tu,bujang pun orang sibuk duk tanya,lagi la yang dah berumah tangga. enjoy je life stage kite, dari bujang, kahwin, dapat anak sampai la ke tua. if we rush, tak sempat la merasa nikmatnya (n_n)

Anonymous said... on 

This web site definitely has all the information and facts I needed concerning this subject and didn't know
who to ask.

Here is my blog :: health insurance deductible

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com