tips menghadapi temuduga (tingkahlaku dan adab)

saja nak berkongsi tips menarik yang diperolehi dari blog Tips Temuduga
malangnya kali terakhir tuan tanah update blog tu pada September 2007 
kepada yang pernah menghadiri temuduga tetapi belum berjaya lagi. jangan sedih² yer Smiley
belum ada rezeki lagi la tu

situasi² yang agak menarik di hari temuduga



diuji dengan tugasan yang tak disangka²


salah pilih orang sebagai rujukan



sampai lewat hari temuduga

terlebih peramah

tips menghadapi temuduga
  1. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
  2. Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
  3. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
  4. Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
  5. Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
  6. Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
  7. Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
  8. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.
  9. Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.
  10. Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.
  11. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
  12. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.

semoga berjaya




Comments :

6 comments to “ tips menghadapi temuduga (tingkahlaku dan adab) ”

kenwooi said... on 

interviews can be scary and fun at times =P

Shahrul Azrie said... on 

tip yg bguna

Hasrol Nizam said... on 

tips no 8 tu penting.. =)

simieY® said... on 

kenwooi : 'scary' - off course.hehee..
Shahrul Azrie : semoga bermanfaat
Hasrol Nizam : kena wat homework baru boleh goreng kaw²:)

Chaon Cornerz said... on 

kadang2 terpaksa jugak menipu untuk dapatkan kerja tue jugak.. takde la tipu teruk2.. hahha.. siyes cakap.. kalo tak mesti gle susah nak dapat..

simieY® said... on 

risiko kantoi tinggi kalu tipu pasal experience & skill :)

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com