salah isi minyak kereta

perbandingan di antara enjin diesel dan enjin petrol

kelmarin simieY kena pergi beranang, selangor untuk buat replacement part yang reject dengan fresh lot parts.

manager simieY mintak nak ikut sekali, gantikan driver.
kalau ikut plan, simieY pergi dengan driver ja.
terpaksa la simieY cancel plan baekkk punyerrr.. yang dah dirancang dengan driver.huhuu..

kami singgah di Melaka untuk deliver part sebelum ke beranang.
manager simieY berhenti isi minyak di stesen petronas sebelum jambatan muar.

simieY tido ja dalam hilux, malas nak ambil tahu.hehee..

jambatan muar, johor


dalam perjalanan ke batu berendam, enjin hilux ade bunyi bising sikit.
manager simieY bagitau dia baru jer tukar timing belt..dia pun musykil kenapa ada bunyi bising.

semuanya terjawab masa nak bertolak ke melaka tengah, puas dihidupkan..hilux tak mahu gak hidup.
si manager tu seluk kocek seluar dan keluarkan resit beli minyak..pastu tepuk dahi.
ada masalah la tu..

lepas tu dia tunjukkan resit tu kat simieY.
elok ja print kat kertas
RON97 60 liter RM12+.++

bagus betul..
dah la salah isi minyak, siap full tank pulak tu.hahaa..
nasib baik guards kat tempat customer tolong call dan arrange lori dari bengkel datang angkut hilux.
thanks pakcik2 sekalian.huhuu..

sementara tunggu lori tu datang, simieY dan manager masuk lunch kat kantin customer.
nak dijadikan cerita, elok ja kami tengah amik lauk-pauk, lori dah sampai.
selamber ja manager simieY pass pinggan nasi dia kat simieY, minta tapau.
dah tak jadi makan kat situ.


terpaksa la simieY setelkan yang seterusnya..

kalau la simieY boleh jumpa pengusaha kantin tu, ada beberapa perkara yang simieY nak bagitau.
kalau lah makcik tu pun blogger macam simieY gak kan senang.huhuu..

"makcik..
simieY bukan sengaja nak menyusahkan makcik hari tu, tapi simieY betul-betul terdesak.
untuk pengetahuan makcik, simieY terpaksa buat-buat muka kesian untuk dapatkan simpati makcik sebab muka makcik cam garang jer.


simieY tahu makcik cuba sedaya upaya bungkus nasi walaupun bungkusan tu dah macam pemukul besbol makcik gulung. tapi simieY tak kisah pun.
simieY tahu makcik pun kelam kabut hari tu sampai lupa nak masukkan straw, tapi simieY tak kisah pun.

terima kasih banyak-banyak sebab sedekahkan 2 pinggan kantin kat simieY itu hari.
 tapi simieY dah sedekahkan kat bengkel kereta sebab malas nak bawa balik"


jasamu dikenang makcik :)


uncle yang datang angkut hilux tengah buat ape ntah, cek angin kot

dah sampai kat bengkel, tengah turunkan hilux

rupa tangki hilux selepas dikeluarkan. macam pelampung ja

kesian adik tu kena pindahkan 60 liter petrol dari hilux ke dalam tong-tong berasingan

lebih kurang 3 jam kat bengkel tu, baru lah kami bertolak ke melaka tengah dan seterusnya ke beranang, selangor.
kami sampai di beranang jam 5.30pm.
lepas buat replacement, discuss sikit dengan pic pastu bertolak balik.
dalam pukul 10 malam, kami sampai di batu pahat.


penat sangat-sangat :(




Comments :

2 comments to “ salah isi minyak kereta ”

Encik Mimpi said... on 

kdg2 tu xfaham sgt pasal kerte tu lapasal huhu

simieY® said... on 

simieY pun xberapa faham sangat.
yang pasti itu hari manager simieY isi minyak petrol kat keta enjin diesel.huhuu..

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com