manusia dan juga binatang suka merajuk??

anda pernah merajuk??
tipu la kalau tak pernah merajuk kan.hehee..

 sekadar gambar hiasan


untuk pengetahuan kawan-kawan,
perbuatan merajuk tidak terbatas dikalangan manusia sahaja. malahan, binatang juga mempunyai sifat suka merajuk. ini adalah fakta yang perlu disampaikan.
bukan lah niat untuk menyamakan manusia dan binatang pula, jangan salah faham yer.
tak percaya, sila tengok gambar di bawah.


tapir pun tahu merajuk.jangan aniaya binatang. huhuu..

kebelakangan ini,
merajuk telah menjadi trend bagi remaja zaman sekarang, waima demikian golongan dewasa sendiri turut sama terjebak.hehee..

kadang-kadang rajuk yang melampau akan menimbulkan kesan buruk yang tidak tersangka pada diri sendiri mahupun orang lain.

jom baca petikan akhbar metro di bawah dan sama-sama kita fikirkan baik dan buruknya perbuatan merajuk..

semoga bermanfaat.

Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my
2010/03/20
sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Rajukcintaterhalang/Article/?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter

AMPANG: Akibat cinta dihalang keluarga, seorang gadis merajuk sebelum menghilangkan diri selama 10 hari sebagai protes keputusan keluarganya itu.
Berikutan kehilangan itu, ibunya membuat laporan polis kerana khuatir keselamatan anak gadisnya itu.

Bagaimanapun, gadis berkenaan akhirnya menghubungi dan memberitahu ibunya yang dia masih selamat dan kecewa kerana mereka enggan menerima teman lelakinya.

Ibu yang risau itu mencari anaknya di rumah teman lelakinya di Wangsa Maju tetapi gagal menemuinya.

Selepas puas mencari, dia menghubungi semula anaknya dan memberitahu mereka sekeluarga berada di Balai Polis Hulu Klang dan menunggu kepulangannya kira-kira jam 1 pagi, Jumaat lalu.

Menurut sumber, mendengar ibunya mahu ke balai, gadis itu mengambil keputusan untuk ke balai sama sebelum bertemu dengan ahli keluarganya.

Sumber berkata, gadis itu kemudian ditanya ahli keluarganya ke mana dia menghilangkan diri.

“Gadis berusia 20-an itu memberitahu dia tinggal di rumah rakan wanitanya kerana tidak berpuas hati dengan sikap keluarga tidak merestui hubungan dengan teman lelakinya.

“Selain itu, gadis berkenaan memberitahu yang dia pada mulanya keluar dari rumah bersama dengan teman lelakinya serta mendakwa dia mahukan kebebasan dan enggan dikongkong,” katanya.

Mendengar jawapan itu, bapa saudaranya yang kebetulan berada di situ naik angin lalu memukul mangsa.

“Kejadian berlaku di dalam kawasan balai polis dan disaksikan anggota bertugas membuatkan mereka terpaksa campur tangan.

“Namun, walaupun ditenteramkan lelaki itu masih membelasah anak saudaranya tanpa belas kasihan membuatkan dia akhirnya ditahan,” katanya.

Ketika itu, keadaan kecoh hampir 10 minit kerana mangsa dibelasah bertubi-tubi oleh bapa saudaranya yang ternyata berang. Mangsa cedera di badan selain telinga berdarah.

Berikutan itu, bapa saudara mangsa yang berusia 40-an kini ditahan bagi membantu siasatan kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan juga kejadian terbabit namun enggan mengulas lanjut.





Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com