~ lupa password



smalam gatal nak ubah2 password, arini dah lupa..

dah mencuba dgn tekun 4 5 kali.
nah kluar benda alah ni..

You have entered an incorrect Password and have exceeded the maximum login attempts
As such, your access has been deactivated by the system. Our Customer Support Helpdesk is unable to reset or provide your existing password because your Password is only made known to you.

padan muka kawe.huhuu..
berikut ape yang dibualkan di bank awam siang tadi..
simieY® :  assalamualaikum cik.tumpang tanya

org bank :  waalaikumussalam.apa dia

simieY® :  saya lupa password perbankan on9. camane nk reset.

org bank :  oic, adik buka akaun kat bank mana aritu
* eh, sejak bila lak bank awam ni ada link dgn bank2 lain
simieY® :  saya buka akaun d bank awam parit raja

org bank :  ohh...adik kena pergi reset password kat sana. kat sini untuk orang yang buka akaun kat sini ja.

* satu bank pun lain2 kepala ke.huhuu...
simieY® : terima kasih cik.

balik kilang telefon dia punya customer support helpdesk. dapat 3 peluang lagi cuba,tapi hampa gak.
nampaknya lambat lagi baru boleh reset password.huhuu..

kadang2 kawe pun agak bengang jugak dgn karenah birokrasi sesetengah bank.

duk tgh2 bengang tu, teringat lak satu cerita masa nak buka akaun bank bulan 5 tempoh hari.


simieY®   :  assalamualaikum en., saya nak buka akaun bank bulan 5

org bank1 :  waalaikumussalam, minta ic.en. dah kerja?

simieY®   :  dah.
org bank1 :  en. ada bawak surat terima kerja, surat confirm keje?

simieY®   :  ada kat rumah. nanti stengah jam saya sampai.


disebabkan terdesak nak buka akaun bank bulan 5, kawe sanggup balik rumah amik casebox yang simpan macam2 dokumen kat dalamnya. surat beranak pun ada!!
malas nak berulang alik 2 3 kali lagi, suakan saja apa yang dimintak.nak bukak akaun dah macam nak mintak hutang.huhuu..


simieY®   :  smua dokumen dimintak ada kat sini


org bank1 :  ok, en masuk jumpa orang bank2

(tu pun lepas belek2 dan tenung2 dalam 5 minit)
simieY®   :  assalamualaikum cik, saya nak buka akaun bank bulan 5

org bank2 :  ok, sekejap ya..


lebih kurang 10 minit kawe duduk kat kerusi tunggu orang bank2

org bank3 :  cik berminat tak ambil pelan takaful.bla..bla..bla...jom ke meja saya utk isi2 borang.

simieY®   :  ok, saya amik yang pelan 15 tahun.

org bank3 :  semua dokumen dah siap, en boleh pergi buka akaun

simieY®   :  ok. 

org bank2 :  minta ic en.

(belek2 dan tenung2)

org bank2 :  laa..en ni bukan orang johor.xboleh bukak akaun kat sini. kena balik buka akaun kat kampung.
sekarang bahaya, banyak kes orang jahat pergi buka bank kat negeri lain. ni langkah berhati2 pihak bank buat untuk elak orang transfer duit haram.bla..bla...bla..
*da macam dalam filem penyiasatan lak rasanya. adakah aku seorang penjahat sekarang.hohoo..


elok ja orang bank 2 berucap..


simieY®   :  ohh..kalau camtu, cik kenselkan je lah semua dokumen takaful yang saya dah apply tadi.

* jawab dengan nada selamba, macam tak terkesan pun dgn ucapan beliau

org bank2 :  ehh..adik da apply ke.
                   hmm..ok3. nanti akak tolong siapkan urusan buka akaun adik
(dengan suara perlahan, lepas tu dia pergi marah org bank1 yang dah lepaskan kawe masuk jumpa dia)

* eh3..macam2 betul
simieY®   :  ok.


kawe xsuka berurusan dengan pihak bank!!
huhuu..

.d

Comments :

6 comments to “ ~ lupa password ”

airmien said... on 

nasib baik dale 10 minit gitu..sayo dekat 2-3 jam baru bulih jupok..dah la kena wat masuk kalau x salah berapa ratus hari tue..memang leceh la bank bulan 5 nie..

[hampeh]

simieY® said... on 

dia suruh balik bukak akaun d kampung.hohoo..
dekatnya kampungku dgn johor :)

apasal tukar?

takoot owg curiks wit yg bayank eyh?

BAHAHA

simieY® said... on 

sampai mase tertentu, dia akan offer tuka..
saya dgn gatal tangannya menukar password
duit xbyk pun.hehee..

simieY® said... on 

yeyy...kawe da igt passwordnya.
xpyh pergi parit raja.hohoo..

Anonymous said... on 

http://genericcialishq.com/#generic-cialis | [url=http://genericcialishq.com/#buy-cheap-cialis]cheap generic cialis[/url] | buy cialis online

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com