basuh kereta dan cerita

pengenalan
sebenarnya kawe nak basuh kereta petang semalam. tapi dah tertido bangkitnya lewat petang.
elok ja sampai rumah dari kilang, langit dah gelap cam nak hujan.
anak perempaun jiran depan rumah terkejar2 angkat kain, kawe lak terkejar2 menyorong kereta keluar rumah.
5 minit lepas tu hujan lebat yang amat. abis keretaku basah kuyup.hehee..



berikut mungkin yang bermain dalam kotak fikiran korang dari tindakan spontan yang telah aku buat.hehee..
  • dah hilang akal, sepatutnya sorong kereta ke bawah bumbung
  • bijak menggunakan peluang, dah tak payah susah2 basuh kereta
  • ntah apa2, nak basuh kereta pun malas

sebenarnya, kawe nak basahkan kereta ja..lepas tu terus simbah air sabun dan sental ja. malangnya tertunda ke hari ni.
ketahui lah kalian akan fakta ini, pemikiran tiap2 manusia adalah berbeza.
mustahil sama sekali untuk sama dengan perisian windows vista yang diinstall di dalam 100pc.


 baru start cerita, pjgnya pengenalan.
memandangkan pagi ni cuacanya mendung, aktiviti basuh dan sental kereta diawalkan dari plan asal (sekitar 5.00 ~ 6.00 pm).
bagi kawe, basuh kereta aktiviti yg agak memenatkan.hmm..kawe ni pemalas kot.
ada sebabnya..basuh kereta ni kerja berpakej.huhuu..
apa yang korang dapat simpulkan aktiviti basuh kereta yang memenatkan ni.




  • nak kena tembak lantai dengan air dulu..kasik sampah sarap yang dibawak masuk angin keluar.
  • kalau dah basuh kereta, motosikal mesti dibasuh gak.xkan nak biarkan dia..
adakah aku ni masih dalam kategori pemalas?? "lu pikir la sendiri".huhuu..


dah masuk cite lain nih
balik dari kluang malam tadi kereta kawe parking kat bawah pokok mangga depan rumah. sampai depan rumah dalam pukul 11.45pm, elok ja sebuah kereta parking lintang depan pintu rumah.
malas nak amik port, kawe parking ja bawah pokok tu..masuk rumah.
maklum la yang parking tu kawan2 jiran selang 2 buah rumah, datang celebrate apa ntah.
maybe pesta tanglung sbb nampak ada gantung2 tanglung depan rumah.

teringat lak on da way nk pergi kluang malam tadi..jalan raya sibuk betul.
  • ada yang nak ke rumah terbuka
  • ada yang nak pergi shopping
  • ada yang nak pergi celebrate pesta tanglung
  • ada yang nak pergi jalan2
kiranya mood tu happy la..tapi ada gak yang suka dalam duka. 3 kemalangan jalan raya kecil sempat kawe tgk..
kurang bernasib baik mangsa kejadian tu..baru ja berhabis duit raya sakan.nak kena keluar duit lagi.huhuu..
takziah yer..harap bersabar. itu ja yang mampu kawe luahkan di sini.

simieY®
petang ni ada jemputan rumah terbuka jiran satu kilang. best2!!~

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com